KUALA LUMPUR — Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP)
Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam antara lain membincangkan usaha mengawal
kos harga barangan yang menjadi tumpuan rakyat.
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata parti itu
mengambil maklum tentang keresahan rakyat mengenai kos sara hidup dan
perkembangan ekonomi mutakhir ini.
Loading...
Tambahan pula katanya, kemiskinan dan kesenjangan pendapatan
yang melebar menjadi punca kegelisahan begitu ramai rakyat Malaysia terutama
masyarakat desa dan miskin bandar.
“Oleh itu, pimpinan telah membincangkan usaha mengawal kos
harga barang serta meneliti beberapa kertas kerja yang bermatlamat mereformasi
program bantuan sosial di Malaysia agar lebih memanfaatkan golongan yang paling
memerlukan,” kata Anwar dalam kenyataan semalam.
Beliau menegaskan parti itu akan terus memberi tumpuan
kepada kebajikan dan kehidupan rakyat sebagai asas perjuangan. — Bernama
PKR bincang usaha kawal harga barang, kata Anwar
Reviewed by Faceless
on
16:44
Rating:

No comments: