Ahli Parlimen Tanah Merah, Ikmal Hisham Abdul Aziz,
menafikan spekulasi yang mengatakan bahawa beliau antara enam anggota parlimen
yang dijangka memohon kembali kepada parti Umno.
Katanya, khabar angin itu tidak betul dan tidak timbul
langsung isu laporan yang mengatakan mereka akan kembali semula kepada BN.
Loading...
“Buat masa ini, saya masih ahli parlimen bebas dan belum
memikirkan lagi untuk menyertai mana-mana parti.
“Orang beranggapan saya akan menyertai parti Pakatan Harapan
(PH)... Mana tahu saya menyertai PAS atau mewujudkan parti baru.
“Bagaimanapun, saya tidak mahu memberi komen pasal isu ini
kerana tidak mahu mengguris hati sesiapa terutama pemimpin Umno kerana mereka
semua adalah kawan saya,” katanya yang dipetik oleh portal Berita Harian
Online.
Semalam, menurut Utusan Online, setiausaha agung Umno Tan
Sri Annuar Musa mengesahkan ada perbincangan mengenai kemasukan semula mereka
tetapi borang rasmi tidak diserahkan.
Jumaat lalu, Sinar Harian melaporkan terdapat spekulasi lima
daripada mereka ingin bersama Umno semula setelah ditolak menyertai Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Siapa kata kami mahu kembali kepada Umno? Tidak benar, masih kekal Bebas - Ikmal Hisham
Reviewed by Faceless
on
21:48
Rating:
No comments: