Umno serah writ saman pada 2 MP keluar parti

Mas Ermieyati Samsudin memuat naik gambar ketika penyerahan borang PPBM kepada Dr Mahathir Mohamad.(gambar fb mas ermieyati)

Dua bekas anggota Parlimen Umno yang meninggalkan parti itu telah diberikan writ saman, kata Setiausaha Agungnya Annuar Musa.

Katanya dua individu tersebut adalah Anggota Parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsudin dan Anggota Parlimen Bagan Serai Dr Noor Azmi Ghazali.
Loading...


"Peguam-peguam kita telah menghantar writ saman kepada mereka," katanya kepada pemberita sebelum program bersama belia di Cameron Highland, malam tadi.

Mas Ermieyati mengumumkan keluar Umno pada 1 Julai lalu dan Bersatu pada 13 Dis.

Manakala Dr Noor Azmi meninggalkan Umno pada 26 Jun sebelum mengumumkan penyertaan ke dalam Bersatu pada 28 Nov.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai ura-ura menyatakan enam anggota Umno yang sebelum ini meninggalkan parti tersebut mahu kembali, Annuar berkata belum ada keputusan khusus mengenainya.

"Umno parti terbuka dan dalam situasi sekarang, kita faham penderitaan sehingga mereka tersebut (keluar parti)," katanya.

Enam Anggota Parlimen yang kini menjadi Bebas meninggalkan Umno pada 14 Dis lalu adalah Anggota Parlimen Hulu Terengganu, Rosol Wahid; Anggota Parlimen Mersing, Dr Abdul Latiff Ahmad dan Anggota Parlimen Tasik Gelugor, Shabudin Yahaya.

Anggota Parlimen Larut, Hamzah Zainudin; Anggota Parlimen Sabak Bernam, Mohamad Fasiah Mohd Fakeh dan Anggota Parlimen Tanah Merah, Ikmal Hisham Abdul Aziz.


Mengenai kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands, Annuar mengakui BN kekurangan dana untuk berkempen, namun menarik perhatian bahan kempen bukan perkara utama bagi sesuatu pilihan raya.

"Kita orang miskin, sudah tentu orang kata sumber satu perkara penting kita tak nafikan...tapi ini bukan perkara paling penting, paling penting kita utamakan rakyat, kita bercakap dari hati ke hati," katanya.

- Bernama
Umno serah writ saman pada 2 MP keluar parti Umno serah writ saman pada 2 MP keluar parti Reviewed by Faceless on 21:52 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.