Foto oleh Berita Harian
PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan sekali
lagi mempertahankan pendirian Putrajaya mengharamkan kemasukan atlet Israel
untuk mengambil bahagian dalam acara sukan di Malaysia.
Kata Tun Mahathir, pendiriannya berhubung konflik Palestin
tidak pernah berubah meskipun pernah membenarkan atlet Israel masuk ke negara
ini dua dekad yang lalu (tahun 1997).
Loading...
Ketika ditanya mengapa pentadbirannya dalam tahun 1997
membenarkan pasukan kriket Israel mengambil bahagian dalam satu acara
antarabangsa di Kuala Lumpur, katanya pada masa itu beliau mahu menunjukkan
bahawa orang Islam bukanlah pengganas.
"Kita adalah manusia biasa, kita bercakap dengan
manusia. Kita berkelakuan baik," katanya kepada wartawan.
"Kita tak buat apa-apa kepada mereka. Tapi bila
kanak-kanak baling batu kepada mereka, mereka tembak dengan peluru,"
katanya.
Tun Mahathir turut ditanya sekiranya beliau akan turut
menyekat atlet dari Myanmar dan China berhubung tindakan kerajaan mereka
terhadap kaum minoriti Muslim di sana dan juga Arab Saudi berhubung serangan
negara itu terhadap Yaman.
"Kita (bertindak) berdasarkan fakta, apabila kita
sahkan fakta-fakta itu, kita akan nyatakan pendirian," jawab Tun Mahathir.
Jawatankuasa paralimpik antarabangsa (IPC) semalam mengumum
kan bahawa badan itu menarik balik kelayakan Malaysia menjadi tuan rumah
Kejohanan Renang Para Dunia yang dijadualkan berlangsung di Kuching, Sarawak
pada bulan Julai.
Tindakan itu susulan rayuan Israel untuk mengubah tempat
pertandingan sekiranya Malaysia menolak untuk menarik balik larangan terhadap
atletnya.
"Apabila sebuah negara tuan rumah mengecualikan
atlet-atlet dari negara tertentu, atas sebab alasan politik, maka kita tentu
sekali tiada pilihan kecuali untuk mencari sebuah negara penganjur kejohanan
yang baru," kata Presiden IPC, Andrew Parsons di London.
Kata Mahathir, mereka yang tidak gembira dengan larangan
negara ini bebas untuk melucutkan hak Malaysia terhadap kejohanan renang
berkenaan.
"Jika mereka nak batal, batalkanlah. Kami boleh
anjurkan sukan-sukan lain," katanya, beliau turut mempersoalkan, mengapa
dunia begitu tunduk kepada Israel.
Beliau menggelarkan Israel sebagai sebuah "negara
penjenayah" yang telah melanggar undang-undang antarabangsa namun tiada
sesiapa pun bersuara.
Disebabkan perkara itu, Putrajaya membuat pendirian untuk
mengharamkan atlet-atlet Israel dari mengambil bahagian dalam kejohanan antarabangsa
yang dianjurkan oleh Malaysia.
"Kami berpegang kepada prinsip kami, Kami ada hak untuk
menyuarakan perasaan,"
"Dan kami ada dasar kami sendiri," katanya.
Mahathir turut mempersoalkan tindakan Amerika Syarikat yang
telah menyekat rakyat dari lima negara-negara Islam, iaitu Syria, Iran, Yaman,
Somalia, dan Libya daripada memasuki negara berkenaan.
"Kita ada sebab. Ia (Israel) sebuah negara yang tidak
mematuhi undang-undang antarabangsa. Dan kami perlu berpegang kepada prinsip
kami," katanya.
Sumber: Milo Suam
Sumber: Milo Suam
Tun Mahathir jawab mengapa benarkan Israel masuk Malaysia tahun 1997
Reviewed by Faceless
on
17:23
Rating:

No comments: