Foto oleh mStar
Bekas menteri besar Terengganu yang juga adun Seberang Takir
Ahmad Razif Abd Rahman dilaporkan letak jawatan sebagai ketua pembangkang di
DUN negeri itu.
Menurut laporan Harian Metro hari ini, tindakan itu
dipercayai untuk memberi laluan kepada Adun Kijal Ahmad Said - bekas menteri
besar sebelum Ahmad Razif - memegang jawatan itu, susulan pelantikannya sebagai
pengerusi Umno Terengganu bulan lalu.
Menurut laporan itu lagi, surat peletakan jawatan Ahmad
Razif telah dihantar kepada Yang Dipertua DUN Terengganu, Yahya Ali, minggu
lalu.
Loading...
Beliau dilantik sebagai ketua pembangkang pada 1 Julai 2018.
Beliau menjadi menteri besar Terengganu sejak 2014 hingga
Mei 2018, apabila PAS menang di Terengganu pada PRU ke-14.
Ahmad Said pula memimpin negeri itu sejak 2008 hingga 2014.
Setiausaha DUN Terengganu Zulkifli Isa mengesahkan menerima
surat peletakan jawatan Ahmad Razif, bagaimanapun berkata Yahya belum melihatnya
kerana kurang sihat.
Razif letak jawatan ketua pembangkang DUN T'ganu
Reviewed by Faceless
on
02:04
Rating:
Reviewed by Faceless
on
02:04
Rating:

No comments: