Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Abdul Hamid Bador hari ini
dilantik sebagai pemangku timbalan ketua polis negara bagi menggantikan Noor
Rashid Ibrahim yang bersara.
Pelantikan dibuat dalam majlis serah terima tugas Timbalan
Ketua Polis Negara dan Naib Pengerusi Perkep Malaysia yang disaksikan oleh
Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun di Pusat Latihan Polis (Pulapol,) Kuala
Lumpur hari ini, lapor Malaysiakini.
Loading...
Hampir empat dekad berkhidmat di PDRM, Hamid menjadi
perhatian pada 2015 apabila membuat dakwaan ada pihak tertentu yang
menyembunyikan saksi utama dalam siasatan kes 1MDB, selain mendesak siasatan
dibuat secara telus.
Ketika itu beliau menjadi timbalan pengarah Cawangan Khas
(SB).
Hamid kemudian dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri -
bersama-sama pengarah bahagian operasi khas SPRM ketika itu Bahri Mohd Zin -
sebulan selepas khidmat Abdul Gani Patail sebagai peguam negara ditamatkan.
Beliau kembali ke PDRM apabila dilantik sebagai pengarah SB
beberapa minggu selepas Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan.
Timbul juga spekulasi mendakwa beliau bakal dilantik sebagai
ketua polis negara bagi menggantikan Fuzi yang akan bersara Mei ini, tetapi
Hamid berkata beliau tiada maklumat berkenaan perkara itu.
Hamid Bador kini dilantik pemangku timbalan IGP
Reviewed by Faceless
on
23:47
Rating:
No comments: