KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad
menzahirkan ucapan tahniah atas pencapaian cemerlang semua calon yang
memperoleh keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 hari ini.
Loading...
"Tahniah kepada semua pelajar yang mendapat keputusan
baik dalam peperiksaan SPM. Walau apapun keputusan yang diterima ingatlah,
perjuangan ini masih belum selesai.
"Teruskan usaha demi kejayaan di masa hadapan,"
kata Mahathir melalui catatan di laman Twitter rasmi beliau.
Terdahulu di Putrajaya, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr.
Amin Senin mengumumkan keputusan keseluruhan calon SPM 2018 adalah lebih baik
daripada pencapaian tahun 2017.
Nilai indeks pencapaian Gred Purata Nasional (GPN) yang
direkodkan bagi tahun 2018 adalah 4.89, berbanding 4.90 pada 2017. Nilai GPN
yang lebih kecil menunjukkan pencapaian lebih baik. - Bernama
SPM: Tun Mahathir ucap tahniah atas pencapaian cemerlang
Reviewed by Faceless
on
02:01
Rating:
No comments: