Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad akan ke Pasir Gudang
petang untuk melawat mangsa pencemaran kimia, petang ini.
Mahathir dijangka tiba di Lapangan Terbang Senai pada pukul
lima petang, dana akan berkunjung ke hospital dan pusat operasi Pasir Gudang.
Loading...
Media dimaklumkan bahawa satu acara yang sepatutnya diadakan
di Putrajaya petang ini, di mana Mahathir sepatutnya menyerahkan kad
keanggotaan Bersatu kepada bekas anggota parlimen Umno Sabah, telah ditangguh
kepada esok, lapor Malaysiakini.
Setakat ini lebih 900 orang terkesan oleh pencemaran kimia
dipercayai akibat pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang.
Lebih 200 orang pula dilaporkan ditempatkan di hospital
selepas terdedah dengang as tersebut, sementara lapan lagi di unit rawatan rapi
(ICU).
Semalam Kementerian Pendidikan mengumumkan semua sekolah di
daerah itu ditutup sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan.
Sementara itu Dewan Rakyat telah meluluskan usul tergempar
untuk membahaskan pengisytiharan darurat di Pasir Gudang.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof meluluskan
usul itu yang dibentang Anggota Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim.
Ariff berkata usul itu akan dibahaskan bermula pukul 4.30
petang.
Pencemaran bahan kimia: PM ke Pasir Gudang, Parlimen bahas usul isytihar darurat
Reviewed by Faceless
on
01:58
Rating:
No comments: