JOHOR BARU — Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian
membidas kritikan pembangkang yang mendakwa kononnya kerajaan negeri lambat
bertindak dalam menangani isu pencemaran toksik akibat pembuangan sisa kimia di
Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, dekat sini.
Ditemui pemberita selepas melawat mangsa kejadian di
Hospital Sultan Ismail (HSI), malam tadi, beliau menegaskan langkah awal dalam
menangani isu itu telah pun dilaksanakan sejak hari pertama kejadian, Khamis
lalu.
Loading...
Selain bantuan kepada mangsa, keluarga dan petugas
keselamatan, katanya, langkah menyeluruh diambil termasuk menyediakan
peruntukan RM6.4 juta bagi kerja-kerja pembersihan Sungai Kim Kim.
“Benda ini daripada awalnya dalam pengetahuan kita. Yang dia
(pembangkang) tidak tahu, sama ada dia turun padang atau tidak. Dia hanya buat
andaian sahaja, buat ramalan secara rambang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab kritikan bekas
menteri besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan bekas exco kesihatan
negeri, Datuk Ayub Rahmat yang mendakwa kerajaan negeri lemah dan bersikap acuh
tidak acuh dalam menangani isu tersebut.
Osman berkata pembangkang seharusnya bersama-sama membantu
kerajaan negeri menangani isu itu dan bukan hanya mengkritik atau
menakut-nakutkan rakyat.
“Yang ini baru pemimpin yang setia pada rakyat. Kritik nak
buat apa? Tak bawa apa-apa perubahan tetapi hanya semata-mata untuk meraih
keuntungan politik...itu sahaja dia punya motif,” katanya.
Terdahulu, beliau yang tiba di hospital itu pada 9.15 malam
meluangkan masa hampir sejam untuk melawat mangsa yang dirawat di hospital
berkenaan.
Sebelum itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly
Ahmad turut melawat mangsa di hospital berkenaan. — Bernama
Johor bertindak sejak hari pertama sisa toksik, kata MB
Reviewed by Faceless
on
18:21
Rating:
No comments: