KUALA LUMPUR — Menteri Pertanian dan Industri Asas
Tani, Datuk Salahuddin Ayub tidak pernah menyuruh petani menggunakan jalan laut
sebagai usaha mengawal kesesakan jalan raya seperti yang tular di media sosial
baru-baru ini.
Loading...
Menurut setiausaha akhbar menteri itu, Alyaa Azhar,
Salahuddin tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian dan perkara itu
adalah palsu dan fitnah semata-mata.
“Paparan di Facebook yang setakat ini dikesan telah
dikongsikan oleh pengguna Facebook Esmee bin Mat Isa dan Zahari Sulaiman
menunjukkan pernyataan seolah-olah Yang Berhormat (YB) menteri memberi saranan
tersebut dan kenyataan tersebut seolah-olah telah dilaporkan oleh pihak media.
“Kenyataan ini secara jelas dan sememangnya tidak masuk akal
dan penularan paparan ini ternyata berniat jahat dan tidak lain dan tidak bukan
bertujuan untuk memburukkan nama YB Menteri,” katanya dalam kenyataan semalam.
Alyaa berkata beberapa laporan polis akan dibuat berhubung
isu ini memandangkan sudah beberapa kali Salahuddin diftnah sebelum ini. —
Bernama
Pegawai nafi menteri suruh ikut jalan laut elak kesesakan
Reviewed by Faceless
on
18:19
Rating:
No comments: