Peguam kepada Datuk Seri Najib Razak yang memberi meminta
penangguhan kes di mahkamah semalam mengakui beliau ada membela beberapa
anjing.
Muhammad Shafee Abdullah berkata anjingnya di pejabat
“sangat garang” tetapi ada juga “agak manja” dan bermain dengannya di rumah,
lapor Malaysiakini.
Loading...
“Di pejabat saya saya ada dua ekor Belgian Malinois. Jika
kamu datang tak dijemput dia akan serang. Anjing pengawal yang sangat garang,”
katanya pagi ini.
“Di rumah saya, ada anjing pengawal tua dan seekor anjing
pengawal muda yang masih dilatih,” katanya ketika ditemui di luar Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur.
Menjelaskan kecederaan tangan yang disebutkannya semalam,
beliau mengakui lalai ketika bermain dengan anjing yang muda hingga “tertolak
ke belakang”.
“Ia bukan disebabkan olehnya, (cuma) saya terlalai dan
tercedera,” katanya menafikan beliau meminta mahkamah menetapkan Jumaat bagi
penghujahan kes Najib.
Shafee berkata tangannya sakit selepas hadir mahkamah di
Shah Alam hingga membengkak sebesar bola tenis dan menyukarnya untuk tidur atau
mengkaji nota kes.
“Pada mulanya doktor ingat patah. Tetapi x-ray ada
kecederaan pada tisu lembut dan kapilari darah. Akibatnya ia membengkak,”
katanya
Semalam, Shafee meminta memaklumkan mahkamah mengenai
kecederaan tangannya dalam kes Najib dituduh tujuh dakwaan berkaitan dana SRC
International Sdn Bhd.
Kebanyakan warganet mempertikai tindakan beliau termasuk
sebahagian mengecamnya kerana memelihara haiwan yang dianggap haram mengikut
mazhab Syafie. - Projek MM
Peguam Najib akui pelihara anjing, ‘ada garang, ada manja’
Reviewed by Faceless
on
23:17
Rating:
No comments: