Serangan di masjid New Zealand, seorang rakyat Malaysia cedera


Seorang rakyat Malaysia antara yang cedera dalam insiden tembakan di dua masjid di Christchurch, New Zealand, ketika solat Jumaat hari ini.

Insiden pada jam 1.40 petang waktu tempatan disahkan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di negara itu melalui Twitter.
Loading...

“Setakat ini seorang rakyat Malaysia disahkan cedera dan ketika ini sedang menerima rawatan di hsopital,” kata Twitter itu dipetik.

Pihak pesuruhjaya juga sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang mangsa yang terlibat.


Pihak berkuasa New Zealand juga mengesahkan beberapa lagi mangsa cedera dalam serangan namun belum mengeluarkan jumlah sebenar. - Projek MM
Serangan di masjid New Zealand, seorang rakyat Malaysia cedera Serangan di masjid New Zealand, seorang rakyat Malaysia cedera Reviewed by Faceless on 23:56 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.