PUTRAJAYA — Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dipilih
sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) ketika beliau
menjadi anggota pembangkang dan pelantikan itu mematuhi manifesto Pakatan
Harapan (PH), kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir yang juga Pengerusi PH berkata gabungan itu
tidak boleh menghalang hasrat Kiandee untuk menyertai parti pemerintah Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semalam.
Loading...
“Dia (Kiandee) daripada
parti lawan. PH pilih parti lawan
bermakna kita patuh kepada manifesto. Tetapi kalau dia (Kiandee) pilih
untuk masuk parti kerajaan apa kita boleh buat. Bukan dia dipilih daripada
parti kerajaan, dia dipilih daripada parti lawan,” katanya.
Dr Mahathir pada majlis penyertaan lapan bekas pemimpin Umno
Sabah termasuk Kiandee ke Bersatu semalam berkata Kiandee akan kekal sebagai
Pengerusi PAC dan beliau tidak akan meminta Anggota Parlimen Beluran itu untuk
melepaskan jawatan.
Ditemui pemberita selepas melancarkan Program Ikon Remaja
Wilayah Persekutuan di sini hari ini, Dr Mahathir ditanya sama ada mengekalkan
Kiandee itu merupakan pengabaian janji manifesto PH, Dr Mahathir berkata: “PH
tidak pernah menjangka beliau akan menyeberang ke sini.”
Dr Mahathir turut ditanya sama ada parti komponen PH
bersetuju Kiandee kekal sebagai Pengerusi PAC, beliau berkata: “Setakat yang
saya tahu semua (parti komponen PH) setuju (Kiandee kekal).” — Bernama
PM: Kiandee dari pembangkang, PH setuju pengerusi PAC kekal
Reviewed by Faceless
on
22:30
Rating:
No comments: