Akta EU klasifikasikan mimyak sawit 'berisiko tinggi' bersifat politik, Malaysia akan bertindak balas
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
Kerajaan menentang sekeras-kerasnya Akta Perwakilan yang
akan dibentangkan Suruhanjaya Eropah untuk mengklasifikan minyak sawit sebagai
‘berisiko tinggi’, kata Menteri Luar, Saifuddin Abdullah.
Saifuddin dalam satu kenyataan berkata , beliau berkata
proses penggubalan dan maklum balas terhadap akta tersebut mempunyai kelemahan
sejak permulaan dan sehubungan itu dakwaan Kesatuan Eropah (EU) bahawa ia
adalah berdasarkan risiko relatif biofuel, adalah tidak jujur.
Loading...
“Secara realiti, Akta Perwakilan itu merupakan instrumen
perlindungan untuk menghalang sekatan terhadap minyak sawit di pasaran Eropah.
Agak membimbangkan apabila minyak bijian yang kurang berdaya saing dan kurang
efisien seperti biji sawi, minyak bunga matahari, kanola dan kacang soya
dikelaskan sebagai 'berisiko rendah',"katanya.
Menteri Luar, Saifuddin Abdullah
Saifuddin berkata kerajaan Malaysia tidak menerima Akta
Perwakilan itu yang hanya berpandukan asas saintifik atau alam sekitar.
“Tiada penerangan atau data meyakinkan yang diberikan untuk
mendiskriminasi minyak sawit Malaysia. Sehubungan itu, kerajaan menyifatkan
Akta Perwakilan oleh EU itu bukan berasaskan alam sekitar, sebaliknya bersifat
politik untuk mengeluarkan eksport minyak sawit Malaysia daripada pasaran
mereka.
“Tindakan sekatan perdagangan yang agresif terhadap
kepentingan nasional Malaysia dan 650,000 pekebun kecil tidak boleh dibenarkan
tanpa bantahan keras,”katanya.
Menurut Saifuddin, sekiranya akta itu diluluskan, Malaysia
akan menghubungi Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) untuk tindakan lanjut.
“Tindakan EU akan menjejaskan kerjasama dan hubungan antara
kedua-dua negara. Sehubungan itu, isu ini perlu diselesaikan secara adil dan
tanpa diskriminasi dengan layanan sama rata terhadap minyak sawit Malaysia
serta bekalan minyak bijian yang lain,”katanya.
Sambil menyifatkan keadaan itu sebagai amat dikesali
pengeluar minyak sawit Malaysia dan pengeksport Eropah, beliau berpendapat
situasi itu sebenarnya mampu dielakkan.
Saifuddin berkata Malaysia tidak mengambil sebarang tindakan
agresif terhadap Eropah yang akan mencetuskan ancaman langsung dan sasaran
terhadap kepentingan ekonomi negara.
“Malaysia sentiasa konsisten dalam menyediakan bukti dan
kemapanan minyak sawit termasuk standard pensijilan Minyak Sawit Lestari
Malaysia yang menyeluruh.
“Adalah mengecewakan apabila EU sebagai rakan yang boleh
dipercayai dan bersekutu, akan menjejaskan kepentingan nasional Malaysia
menerusi cara ini berikutan mereka telah menjadi penyokong yang konsisten
terhadap sistem perdagangan antarabangsa berdasarkan peraturan WTO.
“Akta Perwakilan yang mendiskriminasi ini menjejaskan
kredibiliti EU sebagai penyokong sistem berasaskan peraturan yang diterajui
WTO," katanya.
Sehubungan itu, beliau menggesa rakan serantau, rakan
sejawat di Eropah dan majlis itu untuk menolak akta tersebut demi memelihara
dan memperkukuh ekonomi dan hubungan perdagangan antara Eropah dan ASEAN. - Bernama
Akta EU klasifikasikan mimyak sawit 'berisiko tinggi' bersifat politik, Malaysia akan bertindak balas
Reviewed by Faceless
on
17:43
Rating:
No comments: