Johor tercemar kimia, MB tangguhlah ke Batam, kata Najib


Datuk Seri Najib Razak menyelar Menteri Besar Johor yang meninggalkan negeri itu ketika masalah pembuangan sisa kimia masih belum selesai.

Bekas perdana menteri berkata Datuk Osman Sapian sepatutnya menangguhkan lawatan kerja ke Batam bagi menangani isu pencemaran yang serius itu, lapor Projek MM.
Loading...

“Dia sepatutnya tangguhkan dulu perjalanan kerana bila negara dilanda banjir besar pada 2014, saya sendiri pendekkan percutian di Amerika Syarikat untuk melawat kawasan yang terjejas teruk akibat banjir,” katanya.

“Kita sentiasa mengambil serius ketika berdepan sebarang bencana kerana ia melibatkan persoalan kehidupan rakyat.”


Insiden pencemaran toksik di Sungai Kim Kim, yang masih berlanjutan sejak 7 Mac lalu telah menjejaskan lebih 4,000 penduduk tempatan sehingga memaksa kerajaan menutup 111 buah sekolah di kawasan terlibat.
Johor tercemar kimia, MB tangguhlah ke Batam, kata Najib Johor tercemar kimia, MB tangguhlah ke Batam, kata Najib Reviewed by Faceless on 17:49 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.