Dewan Rakyat akan dimaklum mengenai kecurangan serius
kewangan FELDA menerusi pembentangan Kertas Putih FELDA yang dijadual dibuat
pada mesyuarat pertama sidang Dewan Rakyat kali ini.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali,
berkata perbincangan sudah dilakukan dengan Parlimen bagi mendapatkan tarikh
sesuai untuk pembentangan itu.
Loading...
Beliau berharap tarikh berkenaan peroleh sebaik saja selesai
sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih dan Perbahasan Titah Diraja yang akan
berlangsung selama dua minggu ini.
“Kami sedang berbincang dengan Parlimen. Harap dapat
diketahui segera selepas selesai Perbahasan Titah Diraja.
“Kemudian mereka akan dapatkan masa yang sesuai untuk
bentangkan kertas putih berkenaan,” katanya ketika ditemui media di lobi
Parlimen, hari ini.
Sebelum ini, pembentangan Kertas Putih FELDA yang sepatut
dibentang Disember lalu ditangguhkan ke tahun ini.
Mohamed Azmin dipetik sebagai berkata keputusan menangguhkan
pembentangan itu dibuat selepas mendapat nasihat daripada Jabatan Peguam
Negara.
BH dalam laporan bersirinya berkenaan FELDA akhir tahun lalu
mendedahkan kegagalan tadbir urus serius membabitkan pengurusan FELDA
terdahulu, kemerosotan kedudukan tunai secara mendadak serta isu membelenggu
peneroka menyebabkan FELDA dibelenggu kerugian dan terpaksa menanggung beban
hutang tinggi.
Sumber agensi itu sebelum ini mendedahkan, tiga perkara itu
antara yang akan dirangkumkan dalam laporan Kertas Putih.
Selain itu, sumber sebelum ini juga mendedahkan, wujudnya
campur tangan dan kecenderungan politik ke atas penggunaan tunai FELDA
khususnya untuk perbelanjaan kepada peneroka, juga punca agensi itu dibelenggu
masalah kewangan.
Campur tangan itu antara lain membabitkan pemberian insentif
termasuk durian runtuh kepada peneroka dengan jumlah perbelanjaan dikeluarkan
menunjukkan peningkatan bagi tahun tertentu terutama yang hampir dengan Pilihan
Raya Umum (PRU). - Berita Harian
Kecurangan serius kewangan FELDA didedahkan - Azmin
Reviewed by Faceless
on
20:52
Rating:
No comments: