HOUSTON, Texas - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas
Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) mendedahkan mereka telah mengesan molekul
air di permukaan Bulan.
Satu kajian yang diterbitkan jurnal Geophysical Research
Letters baru-baru ini mendakwa terdapat molekul air yang tersorok di bawah
permukaan tanah Bulan dalam jumlah dan lokasi berbeza mengikut perubahan waktu
setiap hari.
Loading...
“Sebelum kira-kira 10 tahun lalu, saintis beranggapan Bulan
gersang dan air hanya wujud dalam bentuk ais di dalam kawah yang terlindung
daripada cahaya matahari di bahagian kutub,” kata kajian itu.
Maklumat daripada peralatan Projek Pemetaan Alfa Lyman
(LAMP) pada Kapal Angkasa Pemantau Bulan NASA mengesahkan pergerakan molekul
air ‘melompat’ dari satu kawasan ke kawasan lain di permukaan Bulan.
“Kehadiran cecair di Bulan sukar diukur dari orbit
disebabkan pantulan cahaya pada permukaan bulan. Kajian terdahulu melaporkan
terdapat molekul air ‘melompat’ yang sukar dijelaskan dengan proses fizikal
sedia ada,” kata Dr. Michael Poston dari Institut Penyelidikan Southwest di San
Antonio, Texas.
Kewujudan air di Bulan berpotensi untuk kegunaan manusia
dalam misi angkasa lepas kelak sebagai bahan api, perlindungan radiasi dan
pengurusan haba seterusnya mengurangkan keperluan membawa bekalan air dari
Bumi. – Agensi
NASA temui air 'melompat' di Bulan
Reviewed by Faceless
on
20:58
Rating:
No comments: