Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga
individu disyaki terlibat salah guna kuasa dan rasuah berkenaan projek
melibatkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang dianggarkan bernilai RM30
juta.
Loading...
Menurut sumber, mereka yang ditahan itu terdiri daripada
seorang pegawai kanan SSM dan dua pengarah syarikat IT terkemuka di ibu negara.
Kesemua mereka berusia antara 37 dan 52 tahun itu ditahan
kira-kira jam 11 pagi ini di pejabat dan rumah mereka di sekitar Petaling Jaya,
Selangor serta ibu negara.
Menurut sumber, pegawai kanan berpangkat pengarah itu
dikatakan telah bersubahat dengn dua syarikat IT terbabit bagi mendapatkan
kelulusan menawarkan perkhidmatan perisian sijil diakui sah tanpa mengikut
peraturan di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(SKMM).
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhaya (Operasi) SPRM,
Datuk Seri Azam Baki, ketika dihubungi, mengesahkan kesemua tangkapan
berkenaan.
-Bernama
SPRM tahan 3 individu disyaki seleweng projek SSM RM30j
Reviewed by Faceless
on
18:11
Rating:
No comments: