Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini
menahan seorang pegawai kanan sebuah badan berkanun bagi membantu siasatan
skandal projek melibatkan badan berkanun berkenaan yang dianggarkan bernilai
lebih RM30 juta.
Menurut sumber SPRM, lelaki berusia 48 tahun tersebut
ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah hari di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya
selepas hadir memberi keterangan.
Loading...
Menurut sumber itu, siasatan awal mendapati pegawai kanan
terbabit telah bersubahat bersama-sama tiga lagi individu yang telah direman
Selasa lalu bagi mendapatkan kelulusan menawarkan perkhidmatan perisian sijil
diakui sah tanpa mengikut peraturan di bawah bidang kuasa sebuah suruhanjaya
perkhidmatan.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki
ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.
Katanya siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM
2009.
SPRM akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap lelaki
berkenaan pagi esok di Mahkamah Majistret Putajaya. - Bernama
Skandal projek RM30j: Pegawai kanan badan berkanun ditahan - SPRM
Reviewed by Faceless
on
18:55
Rating:
No comments: