KERAJAAN Malaysia dan Indonesia dilapor sedang
mempertimbangkan untuk mengheret Kesatuan Eropah (EU) ke mahkamah keadilan
antarabangsa berhubung inisiatif pengharaman minyak sawit lapor Nikkei Asian
Review.
Susulan lawatan rasmi Presiden Indonesia Joko Widodo awal
bulan ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir berkata kedua-dua negara Malaysia
dan Indonesia berasa bimbang dan kecewa dengan kempen publisiti negatif
terhadap minyak sawit di Eropah.
Loading...
"Kami sangat kecewa dan kami rasa ini (kempen anti
minyak sawit) sebenarnya bukanlah kerana minyak kelapa sawit berbahaya kepada
kesihatan, tetapi lebih kepada persaingan di dalam perdagangan minyak
makan," kata Dr Mahathir memberitahu Nikkei Asian Review dalam satu temu
bual, sambil menambah, Malaysia dan Indonesia kini sedang mempertimbangkan
untuk membawa isu berkenaan ke mahkamah keadilan antarabangsa di The Hague.
"Ini tentang dagangan dunia, dan kita perlu melihat
amalan perdagangan dahulu. Sekiranya ia melanggar mana-mana undang-undang
antarabangsa, sudah pasti kita akan bawa ianya ke mahkamah antarabangsa,"
katanya.
Menurut Perdana Menteri kedua-dua negara telah bersetuju
untuk meningkatkan kerjasama dua hala bagi menangani serangan publisiti negatif
terhadap penggunaan minyak sawit.
Menurut Perdana Menteri terdapat sedikit peningkatan
sentimen dikalangan warga Eropah terhadap minyak sawit disebabkan oleh pelbagai
aktiviti promosi yang dijalankan oleh agensi-agensi minyak sawit Malaysia.
"Terdapat sebahagian maklum balas terhadap
kempen-kempen kita. Sekiranya maklum balas ini jadi kenyataan dan meningkatkan
kesedaran tentang keperluan masyarakat Eropah untuk tidak mendiskriminasi
kelapa sawit, idea untuk memboikot ini tidak akan dilakukan," katanya. - Milo Suam
Haramkan sawit: Malaysia dan Indonesia mahu bawa Kesatuan Eropah (EU) ke mahkamah
Reviewed by Faceless
on
16:47
Rating:
No comments: