Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat
pihak yang berkomplot dan memonopoli bidaan projek kerajaan.
Ketua Pesuruhjayanya Latheefa Koya mengakui SPRM menerima banyak
laporan kes-kes berkenaan tender dan perolehan kerajaan, dan perkara itu dalam
perhatian dan tindakan pihaknya.
Loading...
“Banyak laporan kes-kes berkenaan perolehan tender dan
sebagainya (diterima), tetapi kita (SPRM) tidak boleh dedahkan maklumat ini
lagi kerana dikhuariti akan mengganggu siasatan,” katanya kepada pemberita pada
Program Gohek Beskal dan Khabak Merdeka 2019 di Bukit Besar, di Kuala
Terengganu hari ini.
Beliau mengulas laporan akhbar tempatan hari ini yang
mendedahkan, sekurang-kurangnya 10 projek kerajaan bernilai jutaan ringgit,
kini dalam siasatan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) kerana syarikat yang
memenangi tender itu disyaki berkomplot dalam bidaan, hingga menyebabkan
ketirisan dana awam.
Sementara itu, Latheefa berkata Program Gohek Beskal dan
Khabak Merdeka 2019 merupakan satu inisiatif SPRM, untuk memerangi gejala
rasuah dalam kalangan golongan muda.
Katanya hal ini kerana kes rasuah melibatkan golongan muda
kini membimbangkan, dan antara faktor utama masalah tersebut adalah kurangnya
pendedahan dan kesedaran terhadap rasuah dalam kalangan golongan itu.
“Kami akan tingkatkan program-program bersifat pencegahan,
selain daripada sekadar membuat operasi atau tangkapan, kami ingin menekankan
berkenaan program-program yang lebih kepada mendidik dan membuat pencegahan,”
katanya yang turut mendaki ke puncak Bukit Besar bersama kira-kira 100 anak
muda tempatan.
- Bernama
SPRM siasat komplot, monopoli bidaan projek kerajaan
Reviewed by Faceless
on
16:56
Rating:
No comments: