'Hanya takdir ALLAH tentukan Anwar PM kelapan atau tidak', kata Zuraida


Hanya takdir ALLAH dapat menentukan sama ada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri kelapan atau sebaliknya.

Demikian kata Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Anwar yang menjangkakan proses pengambilalihan jawatan Perdana Menteri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad akan direalisasikan sekitar Mei tahun depan.

Loading...

"PM kelapan? hanya ALLAH boleh takdirkan mengenai perkara itu.

"Hanya ALLAH boleh tentukan kerana saya boleh merancang sekarang, sesiapa sahaja boleh merancang tapi jika ALLAH kata ya, ya. ALLAH kata tidak, tidak.

"Jadi kita serahkan kepada ALLAH untuk tentukan," katanya kepada media selepas merasmikan program Plogging Trash To Cash Zon 18 di Pandan Indah pagi tadi seperti dilaporkan Sinar Harian.


Terdahulu, Anwar dalam laporan agensi berita antarabangsa Bloomberg berkata, terdapat satu perjanjian pengambilalihan jawatan Perdana Menteri dibuat sebelum ini.

Anwar mendakwa, menerusi perjanjian itu, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) akan meletak jawatan pada waktu bersesuaian.

Bagaimanapun, beliau tidak terlalu memikirkan tarikh khusus berhubung pengambilalihan jawatan tersebut.
'Hanya takdir ALLAH tentukan Anwar PM kelapan atau tidak', kata Zuraida 'Hanya takdir ALLAH tentukan Anwar PM kelapan atau tidak', kata Zuraida Reviewed by Me on 00:07 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.