Dituduh seorang yang anti-Semitik, Perdana Menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad menegaskan beliau hanya menggunakan hak kebebasan bersuara
apabila memberi komen mengenai kaum Yahudi.
“Kenapa saya tidak boleh mengatakan sesuatu tentang Yahudi
sedangkan ramai orang yang mengatakan tidak baik mengenai saya, mengenai
Malaysia dan saya tidak membantah, tidak melakukan demonstrasi,” katanya.
Loading...
Dr Mahathir yang kini berada di New York untuk menghadiri
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-74 turut
menekankan bahawa orang ramai sepatutnya bersedia mendengar pendapat yang tidak
menyebelahi mereka demi kebebasan bersuara.
“Kebebasan bersuara adalah bebas untuk bersuara, apabila
anda berkata, anda tidak boleh berkata begitu, anda tidak boleh menjadi
anti-Semitik, jadi tiada lagi kebebasan bersuara,” kata Dr Mahathir yang
menjawab semula soalan daripada hadirin pada Forum Pemimpin Dunia di sini,
Rabu.
Dr Mahathir dilaporkan sebelum ini mempersoalkan berapakah
jumlah orang Yahudi yang maut ketika peristiwa Holocaust.
Beliau turut mengimbas kembali seorang wartawan telah
dipenjarakan kerana mempertikaikan angka kematian tersebut.
“Saya pernah berkata, siapa yang menentukan jumlah itu. Jika
ia menyebelahi (anda), kamu mendapat satu angka, dan yang tidak memihak, kita
mendapat angka yang lain.
“Jadi saya terima bahawa Holocaust memang wujud dan ramai
orang Yahudi yang dibunuh. Dan pada satu ketika saya amat bersimpati terhadap
mereka ketika peperangan itu,” katanya. — Bernama
Salah apa persoal Yahudi? Itu hak bersuara, kata PM
Reviewed by Faceless
on
01:42
Rating:
No comments: