Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Moahamad - Foto Berita Harian Online
Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau akan melepaskan
jawatan Perdana Menteri sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Penegasan itu dibuat pada sesi dialog anjuran Majlis
Hubungan Luar di New York, semalam.
Loading...
“Saya bekerja 18 jam sehari kerana saya tidak mempunyai
banyak masa.
“Saya janji akan berundur sebelum PRU akan datang dan
memberi laluan kepada calon lain. Jadi, saya mungkin ada lagi tiga tahun paling
lama.
“Dalam tempoh tiga tahun itu, saya perlu menyelesaikan
banyak perkara,” katanya seperti dipetik Berita harian Online.
Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata, beliau tidak pasti jika
penggantinya boleh melakukan dengan baik dan mengungkit kekecewaan terhadap
penggantinya ketika berundur pada 2003.
“Saya tidak boleh menjamin orang yang menggantikan saya akan
melakukan dengan baik, atau mungkin tidak terlalu baik.
“Saya tidak boleh jamin, tetapi kita boleh melaksanakan
jentera yang betul. Jika anda bekerja mengikut sistem itu, saya fikir kita
boleh mencapai matlamat status negara maju menjelang 2030,” katanya.
'Saya mungkin ada lagi tiga tahun paling lama' - Tun Mahathir
Reviewed by Faceless
on
21:04
Rating:
No comments: