Adun Jeram Mohd Shaid Rosli mencabar Ahli Jawatankuasa Kerja
Pusat (CEC) DAP Ronnie Liu mencadangkan kepada Majlis Presiden PH untuk
membuang Bersatu dari gabungan itu.
Adun Bersatu itu berkata demikian sebagai mengkritik
kenyataan Liu sebelum ini yang menyifatkan PH akan tetap berjaya tanpa Bersatu.
Loading...
"Saya cabar Ronnie Liu dan kepimpinan tertinggi DAP
untuk membawa satu usul untuk membuang Bersatu dari komponen parti PH di dalam
mesyuarat Majlis Presiden PH," kata Mohd Said dalam kenyataan media hari
ini.
Liu yang merupakan Adun Sungai Pelek sebelum ini turut
berkata ketika PH sedang mengetengahkan agenda pelbagai kaum, Dr Mahathir
Mohamad sebaliknya mengejar model parti dominan Melayu ala BN.
Liu memberi contoh tindakan Dr Mahathir menerima bekas
pemimpin Umno dalam Bersatu, selain mempersoalkan berhubung ketiadaan tarikh
jelas peralihan kuasa perdana menteri.
loading...
Sementara itu, Mohd Shaid dalam kenyataannya menyifatkan
bahawa kenyataan Liu sebagai "keterlaluan dan sudah melampaui batas"
sehingga boleh menjejaskan hubungan dan kerjasama antara parti di dalam PH.
Katanya, kenyataan Liu itu mempersoalkan kredibiliti Dr
Mahathir.
"Atas kesedaran ini, saya bersedia untuk keluar
daripada kerajaan PH di Selangor sekiranya Ronnie Liu tidak menghormati
kepimpinan tertinggi PH.
"Ini adalah tindakan protes saya kepada DAP,"
katanya.
Tanpa menyatakan secara spesifik, Mohd Said juga berkata Dr
Mahathir dapat membina "kerajaan Melayu Islam" baru tanpa DAP.
"Saya yakin dan percaya bahawa Dr Mahathir mampu
membina satu kerajaan baru tanpa DAP sekaligus memadamkan keegoan DAP dengan
membentuk gabungan kerajaan Melayu Islam yang baru," katanya. - Malaysiakini
Adun Jeram cabar Ronnie Liu usul buang Bersatu dari PH
Reviewed by Me
on
16:11
Rating:

No comments: