Foto Malay Mail
Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP, Ronnie Liu diingatkan
supaya tidak bertindak melampaui batas dengan membuat kenyataan yang boleh
menjejaskan hubungan serta kerjasama antara parti dalam Pakatan Harapan (PH).
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (Bersatu), Abu Bakar Yahya berkata, tindakan Ronnie mempersoalkan
kedudukan Bersatu serta Pengerusi parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dianggap
biadab selain melampaui pendirian pimpinan tertinggi PH.
Loading...
Malah, Ronnie yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Sungai Pelek itu katanya, tidak perlu berlagak sombong dengan membayangkan
kononnya PH masih boleh membentuk kerajaan tanpa Bersatu.
"Saya ingin bertanya kepada Ronnie, apakah kenyataan
beliau itu mewakili peribadinya atau pendirian DAP?. Apakah dia lupa bahawa
Bersatu itu salah satu parti komponen dalam PH bersama-sama PKR, DAP, Amanah,
Warisan dan Pertubuhan Pasokmmogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko)?
loading...
"Kenyataan beliau itu sudah tentunya mengundang
pelbagai sentimen yang boleh menjelaskan hubungan antara parti dalam PH. Jangan
lupa bahawa tanpa Dr Mahathir, PH mungkin tidak berpeluang untuk membentuk
kerajaan pada hari ini. Itu faktanya," katanya melalui kenyataan media
hari ini.
Pada masa sama, Abu Bakar yang juga Setiausaha Politik
Perdana Menteri turut meminta kepimpinan DAP supaya lebih 'prihatin' berhubung
tindakan Ronnie itu dan mengambil langkah yang sewajarnya.
Ronnie menerusi laporan sebuah portal berita tempatan hari
ini mendakwa PH masih boleh membentuk kerajaan tanpa Bersatu.
Selain itu, beliau turut mendakwa Dr Mahathir mengejar model
Barisan Nasional (BN) yang mempunyai parti dominan Melayu untuk mengawal
pakatan itu.
Malah, Ronnie antaranya mempersoalkan pendirian Dr Mahathir
yang menerima bekas ahli politik UMNO sebagai ahli Bersatu selain kegagalan
Perdana Menteri itu menetapkan tarikh peralihan kuasa kepada Presiden PKR,
Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Sinar Harian
Ronnie jangan melampau - Abu Bakar
Reviewed by Me
on
16:20
Rating:

No comments: