Anggota Parlimen Nibong Tebal, Mansor Othman, yang rebah
ketika berbahas di parlimen semalam dinasihatkan doktor untuk mendapatkan rehat
secukupnya.
Pengarah Komunikasi PKR Nibong Tebal, Mohd Fitri Ibrahim,
memaklumkan anggota parlimen itu - yang kini dirawat di Institut Jantung Negara
(IJN) - berada dalam keadaan stabil dan semakin pulih.
Loading...
“Alhamdulillah, Datuk Mansor sihat dan kini mendapat rawatan
di IJN. Beliau dinasihatkan oleh doktor untuk mendapatkan rehat secukupnya.
“Beliau juga mengucapkan terima kasih atas doa dan
keprihatinan semua pihak,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Mohd Fitri turut berkongsi foto terkini Mansor yang
kelihatan sihat dan ceria.
loading...
Petang semalam, persidangan Dewan Rakyat dihentikan sebentar
susulan Mansor rebah semasa sedang berbahas.
Rawatan awal di klinik parlimen mengesahkan Mansor mengalami
syncopal attack iaitu sedikit penurunan tekanan darah yang menyebabkan beliau
pitam.
- Bernama
MP Nibong Tebal semakin pulih
Reviewed by Me
on
21:27
Rating:

No comments: