Bekas Timbalan Presiden PAS, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa
didakwa atas 30 pertuduhan pecah amanah membabitkan RM3.6 juta dan tiga
pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM302,069.60.
Loading...
Tuduhan pecah amanah jenayah itu didakwa mengikut Kanun
Keseksaan bagi kesalahan yang dilakukan sejak 2015.
Pertuduhan pengubahan wang haram pula dibuat mengikut Akta
Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil
Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
loading...
Semua pertuduhan terhadap Nasharudin sedang dibacakan di
Mahkamah Sesyen Shah Alam, di hadapan Hakim Rozilah Salleh.
Dr Nasharudin ditahan sepasukan pegawai SPRM, petang semalam
selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya. - Berita Harian
Nasharudin berdepan 30 tuduhan pecah amanah RM3.6 juta
Reviewed by Me
on
21:24
Rating:

No comments: