Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad tiba di Baku,
ibu negara Azerbaijan malam tadi untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pergerakan
Negara-Negara Berkecuali (NAM) ke-18.
Pesawat khas yang membawa Dr Mahathir mendarat di Lapangan
Terbang Antarabangsa Heydar Aliyev pada jam 7.15 malam waktu tempatan (empat
jam lewat waktu Malaysia).
Loading...
Sebaik tiba, Perdana Menteri dan isteri Dr Siti Hasmah Mohd
Ali disambut oleh Timbalan Perdana Menteri Azerbaijan, Shahin Mustafayev, Duta
Besar Malaysia ke Azerbaijan, Yubazlan Yusof dan pegawai kanan dari kedua-dua
negara.
Pada pagi ini, Dr Mahathir dijadual ditemu bual oleh Islam
Channel yang berpangkalan di United Kingdom sebelum bersama-sama dengan
pemimpin dari lebih 20 negara pada perasmian Sidang Kemuncak NAM ke-18 di Pusat
Kongres Baku.
Dr Mahathir kemudian akan mengambil bahagian dalam
Perdebatan Umum mengenai Sidang Kemuncak bertemakan “Berpegang Kepada Prinsip
Bandung” bagi memastikan tindak balas bersama dan mencukupi terhadap cabaran
dunia semasa.
Kali terakhir Dr Mahathir menghadiri Sidang Kemuncak NAM
ialah apabila Malaysia menjadi hos pada 2003.
loading...
Para pegawai Malaysia berkata Dr Mahathir, dalam ucapannya
pada sesi pleno, dijangka menyentuh mengenai keadaan semasa perkembangan dunia,
impak perang perdagangan, memerangi perang, isu Palestin dan keperluan untuk
NAM kekal bersatu.
Beliau juga dijangka bertemu dengan beberapa pemimpin yang
menghadiri sidang kemuncak selama dua hari itu, antaranya Perdana Menteri
Pakistan, Imran Khan dan Presiden Iran, Hassan Rouhani.
Pada hari ketiga di Baku, Azerbaijan Dr Mahathir dijadual
melawat Greentech Farm, sebuah kompleks rumah kaca moden yang menggunakan
teknologi terkini dalam pengeluaran sayur-sayuran organik.
Beliau juga akan melawat pejabat Petronas yang setakat ini
telah melabur lebih dari US$4 bilion (RM16.74 bilion) di Azerbaijan.
Menurut laporan, Petronas mempunyai pegangan 15.5 peratus
dalam projek Shah Deniz dan dalam South Caucasus Gas Pipeline dan 12.4 peratus
kepentingan dalam Syarikat Bekalan Gas Azerbaijan.
Dr Mahathir juga akan bertemu diaspora Malaysia di
Azerbaijan dan mengadakan sidang media untuk media Malaysia sebelum berlepas ke
Ashgabat untuk lawatan dua hari ke Turkmenistan.
- Bernama
Dr Mahathir tiba di Azerbaijan untuk sidang kemuncak NAM
Reviewed by Me
on
18:31
Rating:

No comments: