Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menyorot bahawa satu
juta bukan penduduk asal negara ini diberi kewarganegaraan selepas mencapai
kemerdekaan.
Kenyataan itu dibuat dalam catatan di blognya, tanpa
mengulas lanjut, sebagai menyatakan kekecewaan apabila Kongres Maruah Melayu
disifatkan sebagai perkauman.
Loading...
"Apabila bekas tanah jajahan Eropah memperoleh
kemerdekaan, ramai yang mendiskriminasi bukan penduduk asal. Ada yang terpaksa
meninggalkan negara ini. Ada yang diserang dengan ganas.
"Perkara itu tidak jadi di negara ini. Bukan penduduk
asal diterima sebagai warganegara. Malah, satu juta bukan penduduk asal diberi
kewarganegaraan walaupun mereka tidak layak.
"(Justeru) saya rasa kecewa apabila memikirkan bahawa
penduduk asal tidak diwajarkan berkumpul di negara mereka sendiri tanpa dituduh
sebagai perkauman.
"Dan sudah tentu, saya akan dilabel sebagai perkauman
kerana menulis seperti ini," katanya.
Semasa Kongres Maruah Melayu awal bulan ini, Dr Mahathir
mendapat kritikan selepas berkata bahawa orang Melayu telah menerima orang luar
sebagai warganegara sebagai pertukaran untuk kemerdekaan dari British.
loading...
Ketika Tanah Melayu mendapat kemerdekaan pada Ogos 1957,
kewarganegaraan Persekutuan Tanah Melayu diberi mengikut dua kategori iaitu
kewarganegaraan automatik dan kewarganegaraan melalui naturalisasi.
Kewarganegaraan automatik meliputi penduduk di sembilan
negari Kesultanan, warga British yang dilahirkan di Pulau Pinang atau Melaka
dan telah tinggal dalam Persekutuan selama 15 tahun terus-menerus, warga
British yang dilahirkan di Persekutuan dan bapanya dilahirkan di Persekutuan
atau tinggal selama 15 tahun terus-menerus, warga yang dilahirkan di
Persekutuan dan bertutur dalam bahasa Melayu serta mengikut adat istiadat
Melayu dalam kehidupan sehari-hari dan sesiapa juga yang dilahirkan di
Persekutuan Tanah Melayu di mana kedua ibu bapanya dilahirkan serta telah
tinggal selama 15 tahun berterusan.
Melalui proses naturalisasi (secara memohon) pula seseorang
itu boleh menjadi warganegara sekiranya dilahirkan di Persekutuan dan telah
tinggal sekurang-kurangnya selama 8 tahun daripada 12 tahun di Persekutuan
Tanah Melayu sebelum permohonan dibuat dan telah tinggal di Persekutuan selama
15 tahun daripada 20 tahun sebelum ia membuat permohonan.
Sementara itu, dalam catatan blognya petang ini, Dr Mahathir
berkata beliau menghadiri kongres itu kerana beliau seorang Melayu.
"Adalah perkara biasa dalam negara berbilang kaum ini
untuk rakyat mengekalkan pengenalan diri mereka dengan negara asal mereka
walaupun selepas berada di Malaysia dan memegang kewarganegaraan mereka selama
tiga generasi. Mereka tidak mahu kehilangan identiti kaum mereka.
"Mereka memperlihatkan pautan etnik ini melalui bahasa,
budaya, sekolah dan organisasi etnik mereka. Mereka sering mengadakan mesyuarat
yang terbatas kepada kumpulan etnik mereka. Kadang-kadang saya akan dijemput
untuk merasimikan pertemuan-pertemuan ini dan diminta memberi ucaptama,"
tambahnya.
Tambah Dr Mahathir, dalam kepelbagaian kaum di Malaysia,
etnik diiktiraf sebagai sah dan wajar.
Sedangkan, katanya negara-negara berbilang kaum lain
menyaksikan bukan penduduk asal perlu mengenali diri mereka seperti penduduk
asal sepenuhnya.
"Mereka mengamalkan bahasa dan budaya penduduk asal dan
memutuskan hubungan mereka dengan negara asal mereka. Mereka juga menukar nama
mereka.
"Ini adalah ukuran toleransi penduduk asal di Malaysia
bahawa perhimpunan yang terhad kepada kumpulan etnik yang berbeza diterima
sebagai kebiasaan," katanya.
Justeru, Dr Mahathir berkata beliau terkejut apabila disaran
tidak menghadiri kongres Melayu, yang dianjurkan bersama oleh empat universiti
awam, untuk membincangkan maruah bangsa.
Dr Mahathir turut mengakui bahawa ada "pandangan
ekstrem" dilontarkan pada kongres berkenaan, namun, secara keseruluhan
kongres itu "seimbang".
"Jelas mereka prihatin terhadap kemungkinan mereka
kehilangan maruah, apa pun maksudnya. Seperti biasa ada pandangan yang ekstrem
tetapi pada keseluruhannya, ia seimbang.
"Tidak bolehlah kumpulan etnik lain boleh mengadakan
perhimpunan untuk membincangkan urusan mereka, orang Melayu pula tidak
dibolehkan, dan dituduh bahawa perhimpunan mereka adalah perkauman.
"Dan kini ada permintaan agar individu Melayu yang
memulakan kongres itu dipecat kerana menghadirinya," katanya. - Malaysiakini
Satu juta bukan penduduk asal diberi kewarganegaraan - Dr Mahathir
Reviewed by Me
on
00:41
Rating:

No comments: