Tanpa disedari ramai, ‘diplomasi sambal belacan’ secara
tidak langsung telah menjadi instrumen mengeratkan lagi hubungan dua hala
Malaysia-Singapura.
Perkara itu akhirnya diketahui umum apabila Raja Permaisuri
Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkongsi kisah
menarik mengenai sambal belacan hasil air tangannya yang digemari oleh seorang
pemimpin dunia.
Siapa sangka sambal belacan yang sudah menjadi kelaziman
untuk dinikmati bersama nasi putih mahupun juadah masakan lain bagi rakyat
Malaysia turut memikat hati bekas Perdana Menteri Singapura iaitu mendiang Lee
Kuan Yew.
Dalam satu hantaran di laman Twitter, Tunku Azizah yang
lebih dikenali ‘cheminahsayang’ dalam platform media sosial itu menarik
perhatian bahawa baginda pada masa dahulu merupakan pembekal rasmi sambal
belacan kepada Lee.
yang ni, dah lama saya nak share dengan rakyat Malaysia .... sy dulu ... the official sambal belacan supplier to the PM of Singapore .. Dato Lee Kuan Yew ... n now supply kpd anak nya PM Lee juga! pic.twitter.com/uU91Xmq4LW— تنکو عزيزه محمود إسکندر (@cheminahsayang) October 24, 2019
Malah, Raja Permaisuri Agong masih menjadi pembekal sambal
belacan ke republik itu dan kini dinikmati oleh anak mediang Lee yang merupakan
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong.
“Yang ni, dah lama saya nak share
dengan rakyat Malaysia .... saya dulu ... the official sambal belacan supplier
to the Prime Minister of Singapore .. Datuk Lee Kuan Yew ... and now supply
kepada anaknya PM Lee juga,” ciapnya.
Tunku Azizah pada masa sama turut berkongsi gambar sepucuk
surat diutus oleh bekas Perdana Menteri Lee yang dimuat naik dalam akaun
Instagram ‘airtangan_tunkuazizah’.
“The six packets of belacan you gave
me were delicious. I shared them with my two sons. They have all been consumed.
It is the best chilli belacan we have tasted. Can my family have a few more?
“Sorry to trouble you over this. It
makes so many dishes taste better.”
(“Enam paket (sambal) belacan yang Tuanku berikan kepada
saya sangat sedap. Saya menikmatinya bersama dua anak lelaki saya. Semuanya
habis dimakan. Ia sambal belacan terbaik yang pernah kami rasai. Jika boleh
keluarga saya mahu menikmatinya lagi
“Maaf kalau menyusahkan. Sambal ini
menjadikan banyak hidangan lebih sedap.")
Surat berkenaan bertarikh 23 Julai 2009.
Tunku Azizah yang memuat naik gambar berkenaan pada 2 Mei
2018 di laman Instagram berkenaan menyifatkan ia sebagai surat yang paling
bermakna untuknya.
“…kerana sambal belacan…terharu
sangat,” titah Seri Paduka.
Akaun Instagram ‘airtangan_tunkuzaizah’ memaparkan koleksi
masakan oleh Baginda yang memang dikenali sebagai seorang anak raja yang gemar
memasak.
- Bernama
Permaisuri Agong kongsi kisah diplomasi sambal belacan
Reviewed by Me
on
00:48
Rating:

No comments: