(kiri)G.Saminathan dan (kanan) P.Gunasekaran
Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan seorang ketua
pegawai perbadanan didakwa di Mahkamah Sesyen di Melaka, hari ini atas
pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE, pada November tahun
lalu.
Tertuduh, G Saminathan, 34; P Gunasekaran, 60, dan S
Chandru, 38 didakwa melakukan kesalahan itu dalam satu majlis di Dewan Kasturi
Ayer Keroh, Jalan Utama, Taman Ayer Keroh Heights di Melaka pada 8.30 malam
hingga 10.50 malam, 28 Nov 2018.
Loading...
Pertuduhan mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan yang
memperuntukkan hukuman penjara sepanjang hayat atau maksimum 30 tahun atau
denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang digunakan atau diniat untuk
digunakan untuk melakukan kesalahan itu, jika sabit kesalahan.
Saminathan turut didakwa dengan satu lagi pertuduhan
memiliki item yang berunsur perbuatan keganasan atau berkaitan dengan kumpulan
pengganas LTTE di dalam sebuah telefon bimbit jenama Samsung Galaxy S9+ warna
biru gelap di Pejabat Exco Perpaduan Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna,
Jabatan Ketua Menteri, Kompleks Seri Negeri di sini pada 10.25 pagi, 10 Okt
lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan
yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda dan dilucutkan
mana-mana item itu, jika sabit kesalahan.
Ketiga-tiga tertuduh mengangguk tanda faham sebaik semua
pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan, namun tiada pengakuan
direkodkan.
loading...
Mahkamah menetapkan 16 Dis untuk sebutan semula kes dan kesemua
tertuduh dibawa ke Penjara Sungai Buloh.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad
Iskandar Ahmad dan Mohd Izhanudin Alias, manakala tiga tertuduh itu diwakili
lima peguam yang diketuai oleh Ramkarpal Singh.
Terdahulu, petugas media dihalang masuk ke dalam mahkamah
berikutan hanya ahli keluarga dan orang kenamaan sahaja dibenarkan masuk untuk
mendengar prosiding itu.
Muhamad Iskandar ketika ditemui pemberita berkata jaminan
tidak dibenarkan di bawah seksyen berkenaan berikutan kesemua tertuduh didakwa
di bawah bab 6a Kanun Keseksaan kerana Mahkamah Sesyen tiada bidang kuasa untuk
membuat keputusan melibatkan Seksyen 13 Akta Kesalahan Keselamatan
(Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).
Kenderaan membawa tiga tertuduh itu keluar dari Kompleks
Mahkamah Melaka pada 10.45 pagi ini.
- Bernama
Dua Adun, ketua perbadanan didakwa beri sokongan kepada LTTE
Reviewed by Me
on
22:28
Rating:

No comments: