Foto BH Online
Seorang guru sekolah menengah kebangsaan di Telok Panglima
Garang, Selangor didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang, hari ini kerana memiliki
barangan berkaitan kumpulan pengganas LTTE.
Sundram Renggan @ Rengasamy, 52, yang juga pengajar subjek
bahasa Inggeris dan fizik, didakwa melakukan kesalahan itu di No 21, Jalan 6,
Taman Telok, Telok Panglima Garang dalam daerah Kuala Langat pada 12 Okt lepas
kira-kira pukul 2.30 petang.
Loading...
Dia didakwa mengikut Seksyen 130JB (1)(a) Kanun Keseksaan.
Jika disabitkan kesalahan, dihukum penjara dengan tempoh tidak melebihi tujuh
tahun atau denda dan dilucutkan mana-mana item berkenaan.
Pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Saifulakmal Mod Said dalam
bahasa Melayu. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan.
Peguam yang mewakili Sundram, Kirthiraj Raja Sundram
menfailkan permohonan jaminan dengan alasan anak guamannya itu memerlukan
rawatan lanjut kerana penyakit kencing manis.
Namun permohonan itu dibantah Timbalan Pendakwa Raya (DPP)
Azlina Rasdi kerana permohonan itu tidak tertakluk di bawah Seksyen 13 Akta
Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).
loading...
Hakim Saifulakmal turut menolak permohonan itu, namun
memerintahkan rawatan sewajarnya diberikan kepada tertuduh.
Tarikh sebutan semula ditetapkan pada 16 Dis ini.
- Bernama
Guru sekolah menengah didakwa milik barangan LTTE
Reviewed by Me
on
22:35
Rating:

No comments: