Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad secara menyindir memohon
maaf kerana pernah membantu golongan taikun semasa krisis kewangan Asia pada
tahun 1997 dan 1998.
"Ya, memang pun cara kita selesaikan krisis menolong
taikun di Malaysia.
Loading...
"Memanglah baik jika kita tidak menolong taikun dan
biarkan mereka dan perniagaan mereka rugi, gagal dan terpaksa ditutup.
"Dengan ini semua kakitangan mereka (yang kaya dan tidak
kaya) akan menganggur.
"Eksport kita akan menurun dan tidak akan ada
pengaliran wang asing ke dalam negara kita," kata Mahathir dalam catatan
terbaru di laman blognya, chedet.cc berkenaan krisis kewangan 22 tahun lalu.
Pada tahun 1997, krisis kewangan Asia yang bermula Thailand
memberi kesan terhadap mata wang, bursa saham dan harga aset di beberapa negara
Asia.
Malaysia turut terkesan akibat kegawatan ekonomi tersebut.
loading...
Mahathir yang pada ketika itu merupakan perdana menteri,
berbeza pendekatan dengan menteri kewangannya, Anwar Ibrahim tentang cara
menangani kegawatan ekonomi.
Anwar mahukan kawalan terhadap perbelanjaan, manakala
Mahathir pula cenderung menggalakkan perbelanjaan bagi meneruskan kegiatan
ekonomi.
Semasa krisis itu, Anwar juga menyokong pelan Tabung
Kewangan Antarabangsa (IMF), namun tidak dipersetujui Mahathir.
Kemuncak pergeseran antara kedua-duanya berlaku apabila
Anwar disingkirkan sebagai perdana menteri dan didakwa di mahkamah atas tuduhan
salah guna kuasa dan salah laku seks.
Anwar kemudian melancarkan gerakan reformasi dengan mendakwa
Mahathir mengamalkan rasuah, kronisme dan nepotisme serta lebih mengutamakan
projek-projek mega berbanding rakyat miskin.
'Kita boleh halau semua taikun'
Mahathir berkata tanpa bantuan kepada taikun, kerajaan akan
hilang cukai korporat dan cukai pendapatan kerana sebahagian besar cukai
dibayar oleh taikun.
"Sebahagian besar dari dana kerajaan akan hilang.
Operasi dan pembangunan negara tidak dapat diteruskan. Segala infrastruktur
tidak dapat dibangunkan.
"Dalam keadaan kehilangan cukai ke atas taikun kita
terpaksa mengenakan cukai kepada yang bukan ditakrif sebagai taikun. Setelah
membayar cukai oleh bukan taikun, mereka akan masuk dalam golongan mereka yang
miskin.
Kata Mahathir, 70 tahun dahulu taikun dibunuh dan harta
mereka dirampas di beberapa buah negara.
Katanya, semua perniagaan dan perusahaan pada masa itu
diambil oleh pemerintah dengan harapan 100 peratus daripada keuntungan akan
diperolehi oleh kerajaan.
"Jika kita hendak kita boleh halau keluar semua taikun
ini. Jangan tolong mereka. Biar mereka bankrap. Kita akan tolong yang bukan
taikun sahaja.
"Tetapi dengan apakah yang kita hendak tolong bukan taikun
ini selepas semua taikun tidak dapat bayar cukai. Itu soalannya?
"Saya minta maaf kerana tindakan saya mengatasi krisis
kewangan 1997-1998 menguntung taikun," kata Mahathir. - Malaysiakini
Saya minta maaf kerana tolong taikun, sindir Dr Mahathir
Reviewed by Me
on
01:02
Rating:

No comments: