Bekas Ahli Lembaga Pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd
(GAPSB) memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini, bahawa beliau
memberi wang suapan berjumlah RM3.09 juta kepada Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad
selepas menerima “salam” daripada bekas Pengerusi Felda itu.
Ikhwan Zaidel, 59, berkata wang bagi tujuan kerja-kerja
politik yang diminta Mohd Isa itu diberi sebanyak sembilan kali dan dimasukkan
ke dalam beg kertas untuk diserahkan kepada Muhammad Zahid Mohd Arip dalam
sembilan pertemuan, untuk diberi kepada Mohd Isa.
Loading...
Ikhwan dalam penyataan saksi berkata, beliau menyerahkan
wang tersebut kepada Muhammad Zahid iaitu bekas pegawai khas kepada Mohd Isa,
antara Julai 2014 hingga Disember 2015 di lokasi berbeza.
"Muhammad Zahid ada sekali sekala menghubungi saya
untuk menyampaikan 'salam' daripada Tan Sri Isa. Saya memahami apa makna
“salam” tersebut dan akur atas permintaan (dana politik).
"Selepas dihubungi Muhammad Zahid, beliau akan
menghubungi pemilik JV Evolution Sdn Bhd, Azizi Abdul Wahab, untuk mengeluarkan
wang dan diserahkan kepadanya untuk beliau beri kepada Muhammad Zahid,"
katanya ketika pemeriksaan utama pada hari ke-10 perbicaraan kes pecah amanah
dan rasuah Mohd Isa berhubung pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites
(MPHS) bernilai RM160 juta di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
Saksi pendakwaan ke-16 itu berkata pada pertemuan pertama
wang RM100,000 diisi dalam beg kertas dan diserahkan kepada Muhammad Zahid di
Cigar Room Hotel PJ Hilton, pada Julai 2014.
loading...
"Saya maklum kepada beliau (Muhammad Zahid) wang
RM100,000 akan ditolak daripada baki RM3 juta (dana politik) yang dijanjikan
sebelum ini, yang mana ia menggunakan wang saya sendiri terlebih dahulu. Saya
kemudian menyerahkan RM140,000 kepada Muhammad Zahid antara 21 Julai 2014
hingga 28 Julai 2014 di lokasi sama," katanya.
Ikhwan yang juga bekas Pengarah Urusan Syarikat GAPSB
berkata pada Oktober 2014, Muhammad Zahid menghubunginya untuk menyampaikan
'salam' Mohd Isa dan beliau menghubungi Azizi untuk memintanya mengeluarkan
wang berjumlah RM300,000.
Katanya, wang tersebut diserahkan kepada Muhammad Zahid di
rumahnya (Ikhwan) di Sunway Opal Condominium, Petaling Jaya antara 17 Okt
hingga 24 Okt 2014.
"Selang beberapa hari kemudian iaitu antara 5 hingga 10
Nov 2014, saya menyerahkan RM250,000 kepada Muhammad Zahid di rumah saya dan
pada 25 Jun 2015 lebih kurang 11 malam, saya berjumpa Muhammad Zahid di rumah
saya dan menyerahkan RM500,000 kepadanya," katanya.
Ikhwan berkata beliau menyerahkan RM500,000 lagi kepada
Muhammad Zahid pada 9 Julai 2015, juga di rumahnya (Ikhwan).
Saksi itu berkata pada Ogos 2015, beliau telah menyerahkan
RM300,000 kepada Muhammad Zahid di rumah abangnya Roney di Semariang, Kuching
dan kemudian menyerahkan RM500,000 kepada pegawai khas itu di kediamannya di
Sunway Opal Condominium, Petaling Jaya, 12 Sept 2015 pukul 9.40 malam.
"Saya juga menyerahkan wang RM500,000 lagi kepada
Muhammad Zahid di rumah saya pada 4 hingga 7 Dis 2015. Saya beritahu Muhammad
Zahid bahawa bayaran ini merupakan bayaran terakhir daripada RM3 juta untuk Tan
Sri Isa.
"Saya percaya kesemua wang yang saya berikan kepada
Muhammad Zahid adalah untuk Tan Sri Isa. Selepas wang tersebut diserahkan, saya
tidak ada lagi terima permintaan daripada Muhammad Zahid untuk mendapatkan wang
bagi pihak Tan Sri Isa," katanya.
Mohd Isa, 70, menghadapi satu pertuduhan pecah amanah dan
sembilan pertuduhan menerima rasuah berjumlah lebih RM3 juta yang didakwa
dilakukan di Menara Felda, Platinum Park, Persiaran KLCC antara 29 April 2014
dan 11 Dis 2015.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan bersambung petang
ini.
- Bernama
Syarikat GAPSB beri RM3.09 juta kepada Isa Samad lepas terima salam
Reviewed by Me
on
01:59
Rating:

No comments: