Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerbu Muzium Kebudayaan
Komik di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), di sini, pagi tadi.
Difahamkan, serbuan dan pemeriksaan dibuat Bahagian
Pengkuatkuasaan KDN pada kira-kira jam 11 pagi.
Loading...
Sumber berkata, pemeriksaan selama sejam itu merampas 13
komik ‘Inisiatif Jalur & Jalan Meraih Manfaat Bersama’ yang diterbitkan
dalam versi bahasa Cina.
Katanya, tindakan itu dibuat susulan perintah KDN semalam
yang mengharamkan komik itu kerana cuba mempromosikan ideologi komunisme dan
sosialisme, selain menyebarkan fakta salah serta mengelirukan.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerbu Muzium Kebudayaan
Komik di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR). - Foto ihsan Pembaca
Perintah larangan terhadap komik itu termasuk dalam versi
bahasa Inggeris dan Cina,sekali gus menjadikan sesiapa yang mencetak,
mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar,
menawarkan untuk menjual atau memiliki komik terbabit boleh dipenjara tidak
lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya.
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika
bercakap kepada media di lobi Parlimen, hari ini, memaklumkan KDN akan
melakukan tindakan susulan dan merampas komik berkenaan jika masih diedarkan di
pasaran.
loading...
Katanya, KDN mempunyai asas kukuh mengharamkan komik
‘Inisiatif Jalur & Jalan Meraih Manfaat Bersama’ kerana boleh memudaratkan
ketenteraman dan keselamatan awam, bukan berdasarkan sentimen atau politik.
Sementara itu, seorang pekerja di muzium berkenaan yang
enggan dikenali berkata, pihaknya tidak dimaklumkan mengenai pengharaman komik
terbabit.
Malah katanya, mereka juga tidak menerima apa-apa arahan
daripada pengurusan muzium yang dibuka seperti biasa dari jam 11 pagi hingga 7
petang. - Berita Harian
KDN serbu Muzium Komik Asia, rampas 13 naskhah komik propaganda
Reviewed by Me
on
01:56
Rating:

No comments: