Foto Astro Awani
Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini diberitahu
pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) yang dihadapi bekas perdana menteri Najib
Razak selesai apabila wang RM42 juta diseleweng daripada SRC International Sdn
Bhd.
Timbalan Pendakwa Raya V Sithambaram berhujah dalam kes
pecah amanah, kesalahan itu selesai apabila terdapat penyelewengan yang tidak
jujur berhubung dana RM42 juta tersebut.
Loading...
“Kami menyatakan wang itu telah disalahgunakan daripada SRC
International Sdn Bhd. Jadi kesalahan itu selesai...persoalan mengenai resit
wang itu tidak timbul. Ia tidak penting, tiada siapa yang kerugian atas
kehilangan itu,” katanya dalam hujahan di akhir kes pendakwaan yang didengar di
hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali hari ini.
Sithambaram menjelaskan kes CBT dan pengubahan wang haram
adalah dua pertuduhan yang berbeza yang memerlukan elemen yang berbeza untuk
membuktikannya, dan mereka (pendakwaan) tidak membuat pertuduhan yang tidak
betul.
“Kerugian/kehilangan salah atau keuntungan salah bukanlah
‘ramuan’ yang perlu dibuktikan dalam CBT dan isu yang berkaitan dengan resit
yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan bukanlah ‘bahan’ yang perlu dibuktikan
dalam CBT.
“Resit itu adalah bahan bagi kesalahan Akta Pencegahan
Pengubahan Wang Haram (AMLA). Sama ada ia adalah sama dengan RM42 juta dalam
kes CBT bukanlah satu pertimbangan memandangkan bahannya berbeza,” katanya.
loading...
Menjawab hujah pihak pembelaan berkaitan kesahihan dan
kebolehterimaan dokumen yang dikemukakan pihak pendakwaan sebagai bukti,
Sithambaram berkata berdasarkan Seksyen 71 AMLA, membolehkan pendakwa raya atau
pihak berkuasa untuk mendapatkan apa-apa dokumen atau salinan dokumen di bawah
akta itu.
“Undang-undang membenarkan ia untuk diterima,” katanya dan
menambah Parlimen yang meluluskan undang-undang itu telah membuat perbezaan
jelas mengenai bagaimana bukti itu ditunjukkan di bawah akta ini, iaitu
pertuduhan yang dihadapi Najib.
Najib, 66, berdepan tiga tuduhan pecah amanah (CBT) dan satu
tuduhan salah guna kuasa berkaitan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah
RM42 juta.
- Bernama
‘Pertuduhan CBT ke atas Najib selesai dengan penyelewengan RM42 juta dari SRC’
Reviewed by Me
on
17:25
Rating:

No comments: