Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador hari ini menegaskan
sebarang bentuk ancaman melibatkan kumpulan pengganas ditangani mengikut
Prosedur Operasi Standard (SOP).
Katanya siasatan sentiasa dilakukan secara profesional
berdasarkan laporan dan bukti yang diterima polis.
Loading...
“Kami tidak boleh tergesa-gesa siasat, kena laporan dan
bukti baru boleh ambil tindakan, tidak kira sama ada pemimpin politik atau
bukan.
“Siasatan yang dijalankan polis adalah adil, saya beri
jaminan kepada mereka yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan
keganasan adalah bagi menghentikan kegiatan itu dari terus ke peringkat yang
berbahaya seperti pengebom berani mati. Kami cuba hentikan dan ambil tindakan
untuk memulihkannya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis
Pelancaran Bulan Sukan Negara Peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2019 di
Bukit Aman, Kuala Lumpur.
Abdul Hamid berkata tindakan penangkapan tidak akan dibuat
sesuka hati dan ia tidak mempunyai kaitan dengan isu politik, kaum dan agama.
loading...
Beliau berkata individu yang ditahan akan diberi hak
mengikut peruntukan undang-undang dan segala tuduhan mengatakan PDRM menafikan
hak adalah tidak benar.
"Saya mohon pemimpin politik bertenang. Isu keselamatan
adalah tanggungjawab PDRM. Saya akan berlaku adil mengikut SOP jika didapati
tidak bersalah, kami akan rujuk ke Pejabat Peguam Negara untuk membuat
keputusan selanjutnya.
“Sebagai contoh, kamu tidak mahu insiden seperti serangan
terhadap Menteri Koordinator Bidang Politik, Hukum, dan Keamanan Indonesia, Jen
Wiranto berlaku di sini (Malaysia). Segala bentuk keganasan akan kita
tangani," katanya.
Abdul Hamid berkata polis akan mengambil tindakan terhadap
kegiatan yang menjejaskan keamanan negara termasuk kumpulan Jemaah Islamiah
(JI), al-Qaeda dan Daesh.
Pada 10 Okt lepas, dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN),
masing-masing dari Melaka dan Negeri Sembilan adalah antara tujuh individu yang
ditahan kerana disyaki mempunyai hubungan dengan kumpulan Harimau Pembebasan
Tamil Eelam (LTTE).
Penahanan kesemua mereka dibuat dalam operasi polis Bukit
Aman di Melaka, Perak, Kedah dan Negeri Sembilan.
-Bernama
IGP: Polis ikut SOP tangani isu berkaitan kumpulan pengganas
Reviewed by Me
on
04:12
Rating:

No comments: