Pihak polis mempunyai bukti dan asas kukuh bagi menjalankan
siasatan terhadap gerakan Kumpulan pengganas Liberation Tigers of Tamil Eelam
(LTTE) berdasarkan risikan yang dilakukan dalam jangka masa panjang sebelum
ini.
Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin berkata daripada
risikan polis menunjukan bahawa terdapat asas kukuh keganasan atau kemungkinan
berlaku keganasan daripada gerakan kumpulan LTTE di negara ini.
Loading...
“Soal pokok bukan hanya kepada LTTE sebaliknya daripada risikan
polis terdapat elemen-elemen yang menunjukkan ada bentuk keganasan atau mungkin
berlaku keganasan dalam siasatan LTTE,” katanya kepada pemberita di Melaka hari
ini.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Istiadat
Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka 2019 sempena
Sambutan Hari Jadi ke-81 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob
di Balai Istiadat, Seri Negeri, Ayer Keroh hari ini.
Muhyiddin merupakan penerima tunggal Darjah Utama Negeri
Melaka (DUNM) yang membawa gelaran datuk seri utama.
Muhyiddin berkata LTTE masih dianggap sebagai kumpulan
pengganas walaupun kumpulan tersebut telah diharamkan.
loading...
Beliau berkata keputusan membuat siasatan terhadap kumpulan
tersebut dibuat oleh pihak polis berdasarkan risikan yang dilakukan dalam satu
tempoh yang amat panjang kerana tidak mahu melihat ada kecederungan mana-mana
pihak dalam negara atau luar negara terlibat dalam elemen-elemen keganasan.
“Kita perlu benteras di peringkat awal lagi atau tindakan
tegas berlandaskan undang-undang akan kita laksana…bagi saya Polis Diraja
Malaysia (PDRM) telah bertindak atas dasar kesedaran untuk menjaga keselamatan
negara berdasarkan peruntukan yang ada.
“Saya harap semua pihak faham kerana kita ingin menentukan
negara ini sentiasa aman, elemen keganasan ini bukan bergantung kepada soal
kaum, kalau ada Daesh berlaku di kalangan kumpulan penganas orang Melayu dan
Islam kita akan ambil tindakan,”katanya.
Polis baru-baru ini telah menahan tujuh individu termasuk
dua adun Negeri Sembilan dan Melaka berhubung pembabitan mereka dalam menyokong
kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).
-Bernama
Polis ada bukti, asas kukuh jalankan siasatan LTTE, kata Muhyiddin
Reviewed by Me
on
04:09
Rating:

No comments: