Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) enggan memberi
sebarang komen berhubung kenyataan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan
yang menafikan menerima dana daripada syarikat 1Malaysia Development Malaysia
Berhad (1MDB).
Ketua Pesuruhjayanya, Latheefa Koya berkata, terserah kepada
Ahmad Maslan berkaitan pembayaran kompaun tersebut.
Loading...
"Terpulang kepada dia, nak bayar kompaun atau tidak.
"SPRM akan melihat perkara ini selepas dua minggu untuk
tindakan sewajarnya," katanya pada sidang akhbar selepas program Sambutan
Ulang Tahun Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) ke-54 dan Kempen
Anti Rasuah Sempena Ulang Tahun SPRM ke-52 di Pasar Tani Seksyen 13 di sini
hari ini.
Isnin lalu, Ahmad Maslan menafikan beliau menerima wang yang
dikaitkan dengan 1MDB serta menegaskan tidak pernah menerima cek daripada
syarikat pelaburan berkenaan.
Sebelum itu, Latheefa turut mengumumkan senarai 80 individu
dan entiti yang akan menerima notis kompaun kerana dipercayai menerima dana
daripada 1MDB.
loading...
Mengulas mengenai pembayaran semula wang berkaitan
penerimaan dana daripada 1MDB selepas notis kompaun diberikan, Latheefa
berkata, SPRM masih belum menerima sebarang pembayaran.
"Belum ada lagi yang datang buat bayaran tapi ada yang
tampil tunjuk komitmen untuk buat bayaran.
"Kita dalam proses menunggu sebab mereka diberi dua
minggu untuk buat pembayaran...sekarang waktu untuk mereka buat keputusan
bagaimana nak bayar atau adakah mereka perlukan lebih masa untuk bayar,"
katanya.
Katanya, penerima kompaun terlibat juga boleh membuat rayuan
untuk melanjutkan tempoh masa pembayaran tetapi perlu tampil ke pejabat SPRM
untuk rundingan. - Sinar Harian
'SPRM ambil tindakan terhadap Ahmad Maslan selepas dua minggu' - Latheefa
Reviewed by Me
on
00:19
Rating:

No comments: