Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga
individu termasuk dua pegawai kanan Radio Televisyen Malaysia (RTM) selepas
disyaki menyelewengkan dana sebuah institusi zakat untuk sebuah program
berbayar.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, tangkapan
dibuat terhadap tiga individu berkenaan termasuk salah seorang suami kepada
pegawai kanan terbabit pada 7 Oktober lalu.
Loading...
Beliau berkata reman ke atas tiga suspek itu tamat Khamis
lalu namun dianjutkan selama lima hari ke atas dua pegawai terbabit, lapor
Sinar harian.
"Setakat ini kita juga sudah mengambil keterangan 11
saksi termasuk tiga suspek tersebut.
"Siasatan masih berjalan dan kita masih belum dapat
tentukan nilai wang yang disalahguna tapi berpuluh ribu," katanya.
loading...
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas program
sambutan Ulang Tahun Fama ke-54 dan Kempen Anti Rasuah Sempena Ulang Tahun SPRM
ke-52 di Pasar Tani Seksyen 13 di Shah Alam hari ini. - Malaysiakini
SPRM reman dua pegawai RTM kerana disyaki seleweng zakat
Reviewed by Me
on
00:23
Rating:

No comments: