PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar
Ibrahim menyifatkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012
(SOSMA) terlalu ‘keras’ dan undang-undang yang diperuntukkan di dalamnya
terlalu kuat.
Beliau berkata, ramai pihak yang menentang akta itu sebelum
ini kerana bagi mereka ia dilihat terlalu keras, termasuk dirinya.
Loading...
“Perkara ini sudah dibangkitkan oleh pimpinan PKR dan ahli
parlimen Pakatan Harapan (PH) sebelum ini, dan kadangkala orang ramai keliru
kerana menganggap kita mengambil mudah soal keganasan.
“Di mana-mana negara sekalipun, apabila ia membabitkan soal
keselamatan sebaiknya ia diserahkan kepada pihak berkuasa, terutama polis tanpa
mengira kelompok mana yang terbabit,” katanya selepas berucap pada Konvensyen
PKR Pulau Pinang, Bukit Mertajam, hari ini.
Anwar berkata, sebelum isu membabitkan kumpulan pengganas
Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), SOSMA sudah ditentang kerana peruntukan
undang-undang yang terlalu kuat.
“Kita faham dalam usaha membanteras keganasan ini, ia
memerlukan polis lebih tegas dan keras, saya setuju.
“Cuma masalahnya, ia perlu diteruskan dengan beberapa
pindaan kerana kuasa peruntukan udang-undang di dalamnya terlalu keras,”
katanya mengulas mengenai penahanan beberapa pemimpin PH kerana pembabitan
mereka dalam LTTE.
loading...
Mengulas mengenai Belanjawan 2020, Anwar menyifatkan ia
adalah belanjawan yang positif.
Katanya, beliau juga akan berjumpa dengan semua Ahli
Parlimen dan Senator yang berkenaan esok bagi mendapat gambaran tentang fokus
belanjawan kali ini dan melihat ia memberi banyak penekanan, terutama tentang
soal kemiskinan.
“Isu kemiskinan digarap lebih baik pada belanjawan kali ini
berbanding sebelum ini, isu pertanian perlu jadi menjadi fokus besar.
“Kerana nilai import pertanian negara dilaporkan berjumlah
52 bilion, dan ia tidak dijuruskan dengan lebih khusus kerana mungkin ia
membabitkan pelbagai faktor seperti teknologi, peralatan yang menjadi
menyebabkan nilai import tinggi,” katanya.
Namun secara keseluruhan, Belanjawan 2020 yang dibentangkan
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng adalah positif. - Harian Metro
Tangkapan LTTE: SOSMA terlalu 'keras', perlu dipinda - Anwar
Reviewed by Me
on
16:48
Rating:

No comments: