Bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi memberitahu
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa mungkin salahnya 'mendengar' cakap
Najib Razak dalam hal berkaitan dengan dana syarikat milik negara itu.
Shahrol Azral, 49, saksi dalam kes membabitkan Najib, yang
disoal peguam Muhammad Shafee Abdullah semasa pemeriksaan balas mengenai sama
ada beliau mempunyai kewajipan fidusiari terhadap bekas perdana menteri itu,
berkata: 'Ya'.
Loading...
Saksi itu kemudian diminta oleh peguam untuk mengemukakan
apa-apa dokumen yang menyatakan bahawa beliau mempunyai kewajipan fidusiari
kepada pengerusi lembaga penasihat.
Shafee: Adakah kamu tahu tugas fidusiari kamu hanya kepada
1MDB, sebagai sebuah syarikat, malah bukan kepada pemegang saham? Ini
undang-undangnya.
Shahrol Azral: Saya tidak tahu.
Shafee: Bolehkah kamu tunjukkan sebarang dokumen yang
menyatakan kamu mempunyai tanggungjawab fidusiari kepada pengerusi lembaga
penasihat?
loading...
Shahrol Azral, bagaimanapun tidak dapat mengemukakan dokumen
berkenaan.
Shafee: Kerana kamu tidak faham konsep undang-undang
syarikat, saya katakan kepada kamu bahawa kamu tidak faham mengenai
undang-undang syarikat.
Shahrol Azral: Mungkin saya silap untuk menganggap bahawa
saya patut mendengar Datuk Seri Najib dalam semua hal berkaitan 1MDB.
Peguam itu kemudian menyoal saksi sama ada Najib pernah
memintanya untuk hanya mendengar lembaga penasihat dan tidak melaporkan kepada
lembaga pengarah.
"Tidak, beliau tidak pernah. Kalau boleh saya tambah,
beliau juga tidak pernah berkata ‘Shahrol (Azral) dengar kepada lembaga
pengarah sahaja, jangan dengar cakap saya’,” kata saksi itu.
Shafee kemudiannya merujuk kepada minit mesyuarat pada
Oktober 2009, yang menyatakan Najib sebagai pengerusi lembaga penasihat.
Shahrol Azral berkata dokumen berkenaan disediakan ahli
perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.
Shafee: Jho Low nampaknya tahu apa yang PM mahu cakap.
Shahrol Azral: Ya, menarik bukan.
Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan
kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dari dana 1MDB dan
21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah
bersambung esok.
-Bernama
Mungkin silap saya anggap kena dengar Najib dalam semua hal 1MDB'
Reviewed by Me
on
20:17
Rating:

No comments: