Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri Kelantan
mengingatkan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP, Ronnie Liu supaya tidak
menjadi ‘seperti kacang lupakan kulit’, dengan merendah-rendahkan parti
komponen lain dalam Pakatan Harapan (PH).
Pengerusinya, Datuk Kamaruddin Mohd Nor berkata, tindakan
Ronnie merendahkan-rendahkan Bersatu dan mengkritik prestasi Perdana Menteri,
Tun Dr Mahathir Mohamad, disifatkan sebagai kenyataan yang paling dangkal.
Loading...
Beliau mengingatkan Ronnie, tanpa Dr Mahathir dan Bersatu,
sudah pasti PH tidak akan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, dan
menjadi pemerintah ketika ini.
“Jadi, jangan jadi kacang lupakan kulit. Ronnie Liu bukanlah
anggota Kabinet. Jadi, beliau tidak terbabit dengan keputusan yang diambil oleh
Kabinet.
“Semua keputusan yang dibuat oleh Kabinet adalah keputusan
bersama,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas perang dingin yang berlaku
dalam PH ketika ini, membabitkan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP,
Ronnie Liu dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
loading...
Sebelum ini, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Maszlee
Malik menyifatkan kenyataan Ronnie Liu sebagai biadab kerana tindakannya
merendah-rendahkan Bersatu.
Ia susulan kenyataan Ronnie yang menyatakan gabungan PH akan
kekal kukuh sebagai kerajaan walaupun tanpa Bersatu.
Ronnie turut memberi amaran Dr Mahathir sebagai Pengerusi
Bersatu sering membuat keputusan yang bercanggah dengan kepimpinan PH.
Ditanya mengenai kesediaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Bersatu meninggalkan PH sebagai tanda protes kepada DAP, Kamaruddin berkata, ia
hanyalah gurauan semata-mata, dan yakin bahawa wakil rakyat parti itu tidak
akan berbuat demikian.
Sebelum ini, ADUN Jeram, Mohd Shaid Rosli dilaporkan
bersedia meninggalkan kerajaan PH jika Ronnie Liu tidak menghormati kepimpinan
tertinggi PH.
Mohd Shaid berkata, tindakan itu merupakan protes kepada DAP
berhubung cadangan Ronnie membuang Bersatu dalam PH. - Ismaweb
PH tak mungkin menang tanpa Dr Mahathir, Bersatu
Reviewed by Me
on
20:14
Rating:

No comments: