Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata semua orang
gembira dengan pembentangan Belanjawan 2020 hari ini.
“Rakyat gembira.
Loading...
"Hampir semua orang dapat sesuatu,” kata Mahathir
kepada pemberita selepas pembentangan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng
sebentar tadi.
Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai bagaimana
beliau melihat belanjawan kali ini yang boleh mengubah sentimen rakyat yang
kadang-kala tidak gembira dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan.
Belanjawan 2020 menyaksikan penurunan sebanyak 5.57 peratus
iaitu RM297.020 bilion berbanding peruntukan sebanyak RM314.55 bilion pada
Belanjawan 2019.
Bagaimanapun, difahamkan kerajaan tidak mengurangkan
perbelanjaan operasi biasa dan perbelanjaan pembangunan.
Menurut Mahathir, kerajaan Pakatan Harapan telah
membentangkan Belanjawan 2020 dengan menyediakan peruntukan tambahan meskipun
kerajaan sedang menanggung bayaran hutang.
loading...
Katanya, ini dapat dilihat melalui prestasi ekonomi tahun
ini yang menyaksikan pertumbuhan 4.7 peratus dan menjangkakan ia akan meningkat
kepada 4.8 peratus pada 2020.
"Ini bermakna susulan pemerintahan masih berjalan
dengan baik walaupun kita terpaksa membersihkan kerajaan. Tapi ini tak bermakna
kerajaan tak dapat berjalan dengan baik.
"Ramai yang berpendapat kerajaan PH ini tak
berpengalaman dan tak mungkin mentadbir dengan baik.
"Tapi sepertimana yang kita dengar tadi (sewaktu
pembentangan), peruntukan tambahan diberikan kepada semua pihak," katanya. - Malaysiakini
PM: ‘Rakyat gembira, hampir semua orang dapat sesuatu’
Reviewed by Faceless
on
18:53
Rating:

No comments: