Foto oleh The Star
Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Wee
Jeck Seng berjanji mewujudkan semula program penghantaran warga emas kurang
berkemampuan untuk menunaikan umrah sekiranya memenangi pilihan raya kecil
(PRK) Parlimen Tanjung Piai kelak.
Menurutnya, program itu pernah diwujudkan dengan kos pergi
dan balik sekurang-kurangnya 10 warga emas kurang berkemampuan dari Parlimen
Tanjung Piai menunaikan ibadah umrah di tanah suci Makkah ditanggung beliau
sepenuhnya.
Loading...
"Saya juga ada buat satu program khas untuk masyarakat
Melayu... ingat lagi tak saya dahulu ada hantar 10 warga emas untuk menjalani
ibadat umrah di tanah suci Makkah?
"Saya anggap itu sebagai tanggungjawab wakil rakyat dan
saya tanggung keseluruhan kos kerana ikhlas dan bukan tujuan politik.
"Saya juga boleh membuat komitmen dan janji kalau BN
menang kali ini, kita mahu hantar lagi warga emas ke tanah suci," katanya
sewaktu menyampaikan ucapan pengenalan diri sebagai calon MCA dari BN di
program ceramah kelompok BN, Pekan Nanas malam tadi.
Dalam pada itu, Jeck Seng turut melahirkan rasa dukacita
kerana kegagalannya mempertahankan kerusi Parlimen Tanjung Piai pada Pilihan
Raya Umum ke-14 (PRU14).
loading...
Menurutnya, beliau sedih dirinya terpaksa dikorbankan
pengundi muda Parlimen ini semata-mata hendakkan perubahan dalam pentadbiran
kerajaan.
"Keputusan itu saya terima dengan hati terbuka meskipun
memberi banyak bantuan kepada masyarakat Parlimen Tanjung Piai termasuk dana
RM500,000 untuk peluang pendidikan tambahan pelajar Tingkatan Lima.
"Cuma kali ini saya minta mereka jangan tertipu lagi
dengan janji-janji PH, sebaliknya setiap keluarga mesti menghasut anak kita
berpolitik(menyokong BN) supaya kita dapat membantu mereka kembali,
"katanya. - Sinar Harian
Calon MCA janji hantar warga emas tunai umrah jika menang PRK
Reviewed by Me
on
17:36
Rating:

No comments: