Era keruntuhan UMNO bermula dari zaman selepas Tun Dr
Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Presiden parti itu sehingga ke saat
diadakan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tahun lepas.
Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) Tan Sri Rahim
Tamby Chik berkata, banyak tanda-tanda keruntuhan dan kerosakan mula terserlah
secara perlahan, tersembunyi tetapi semakin membuak ke atas, pada era
keruntuhan UMNO.
Loading...
"Penyakit politik ini bermula dari kepimpinan yang
lemah dan kurang kebijaksanaan dalam mentadbir, mengendali masalah-masalah
dalaman dan di luar parti, dihempap dengan masalah integriti di mana
keputusan-keputusan yang dibuat pemimpin lebih mempamerkan keperluan peribadi
dari memanifestasikan kepentingan nasional seperti yang dimandatkan rakyat
dalam PRU.
"Situasi semakin hambar dan mengecewakan bila persepsi
kepimpinan berubah dari pembelaan untuk rakyat dan negara seperti yang
termaktup dalam Perlembagaan UMNO menjadi usaha membeli sokongan dan ketaatan
melalui habuan wang serta tawaran pelbagai jawatan secara politik.
"UMNO langsung tersungkur dari persada kuasa negara
bila wang dinaikkan pangkat kepada jawatan 'raja segala raja'.
loading...
"Pada saat inilah pemimpin telah mencapai satu tahap
yang tidak dapat membezakan antara hak rakyat dan negara dengan kepentingan
peribadi dan keluarga," katanya dalam catatan terbaharu di laman Facebook
miliknya pada Isnin.
Tegasnya, kebanyakan ahli UMNO gagal untuk membaca dan
menghayati hakikat laluan sejarah parti itu di negara ini
"Kerana ini, perjuangan UMNO masa kini telah jauh
tersasar dari perjuangan asal.
"Kerana ini juga, semangat dan rasa ketaatan dan
kesetiaan kepada parti yang telah dipupuk serta diindoktrinasi sekian lama,
berdekad atau berpuluh tahun secara tidak disedari telah menjadi semangat
ketaksuban negatif, setia secara membuta tuli dan menghayati sindrom penafian
di luar kewarasan akal.
"Secara pendekatan historikal, sejarah UMNO di negara
ini terbahagi kepada era keruntuhan dan kegemilangan," ujarnya.
Dalam pada itu katanya, di era kegemilangan UMNO, rakyat
termasuk para sejarawan mengakui dan mengiktiraf peranan serta sumbangan parti
dalam mentransformasi negara dari sebuah negara miskin, mundur dan tertinggal
ke belakang kepada sebuah ekonomi yang maju, makmur dan dinamik.
Jelasnya, era kegemilangan UMNO bermula dari Datuk Onn
Jaafar sehinggalah ke zaman Dr Mahathir menerajui parti.
"Rakyat dapat melihat dan merasai bahawa kemiskinan
tegar dapat dibanteras, pendemokrasian pendidikan untuk rakyat dari Perlis
hingga ke Sabah berjaya direalisasi, hasil pembangunan dan pertumbuhan ekonomi
dapat dinikmati rakyat dari peluang-peluang pekerjaan yang tersedia secara
meluas.
"Ia termasuk kemudahan infrastruktur yang semakin
banyak di merata tempat serta reformasi struktur ekonomi dari hanya bergantung
kepada sektor agro kepada sektor perkilangan, perkhidmatan dan komunikasi.
"Inilah era kegemilangan UMNO yang sebenarnya boleh
dibanggakan oleh setiap warganegara yang patriotik," tegasnya. - Astro Awani
Kejatuhan UMNO bermula selepas Tun Mahathir letak jawatan, kata Rahim
Reviewed by Me
on
17:40
Rating:
No comments: