Malaysia tidak akan berputus asa menjalankan usaha mencari
ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low yang kini dalam buruan, kata Menteri
Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau menegaskan bahawa usaha menjejaki Jho Low tidak akan
berhenti dan akan dicari sehingga ke 'lubang cacing' sekalipun.
Loading...
"Susah nak kata (tempoh Jho Low akan dibawa pulang ke
Malaysia), tak boleh ramal. Apa pun terserah pada Polis Diraja Malaysia (PDRM),
apa kerja mereka buat, kerjasama dengan Interpol (polis antarabangsa), negara
yang kita agak (lokasi Jho Low) di situ. Apa pun kena tunggu," katanya
ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.
Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan
terkini pihak berkuasa Malaysia dalam membawa pulang Jho Low, yang dikaitkan
dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Sementara itu, ditanya mengenai laporan berhubung kenyataan
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador tentang kerjasama yang ditawarkan
beberapa negara lain kepada Malaysia dalam menjejaki Jho Low, Muhyiddin
mengesahkan perkara itu.
loading...
"Walaupun ada sikit sebanyak maklumat yang kita dapat
tahu di mana dia (Jho Low) berada, walaupun dapat kerjasama dengan Interpol
sudah naikkan 'red flag' (amaran), tetapi kalau tiada kerjasama negara
berkenaan yang mana kita agak Jho Low ada di situ, jadi agak sukar nak ambil
tindakan.
"Kita masih berusaha, tak boleh putus asa. Apapun kita
nak dia dibawa ke Malaysia hadapi mahkamah dan serah kepada mahkamah
tentukan," katanya.
Terbaharu, Jho Low dilaporkan telah mendapatkan taraf
warganegara di negara Mediterranean, Cyprus.
Sementara itu, mengenai kenyataan calon Pakatan Harapan (PH)
bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, Karmaine Sardini berhubung penduduk
kampung harus bersyukur dengan harga minyak kelapa sawit, Muhyiddin menjelaskan
kenyataan calon PRK itu disalah tafsir.
"Kita harus bersyukur sebagai orang Islam, tetapi apa
yang penting adalah apa langkah yang kerajaan mahu buat untuk menyelesaikan
masalah itu," katanya. - Bernama
Jho Low akan dicari hingga ke 'lubang cacing' sekalipun - Muhyiddin
Reviewed by Me
on
17:45
Rating:
No comments: