Foto TMI
Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (Felda) dan anak
syarikatnya memfailkan saman terhadap dua bekas pengerusi Felda, Mohd Isa Abdul
Samad dan Shahrir Abdul Samad, syarikat pemaju hartanah Synergy Promenade Sdn
Bhd (SPSB) serta 18 yang lain untuk mendapatkan perintah bagi membatalkan
dengan serta-merta semua instrumen pindah milik tanah di Jalan Semarak.
Felda dan Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) selaku
plaintif memfailkan saman itu melalui e-filing Mahkamah Tinggi Sivil di sini
menerusi firma guaman Lee Hishammuddin Allen & Gledhill dengan menamakan 21
mereka sebagai defendan.
Loading...
Antara yang dinamakan sebagai defendan ialah ialah bekas
Pengarah Besar Felda Datuk Faizoull Ahmad; bekas Ketua Pegawai Eksekutif FIC
Mohd Zaid Abdul Jalil; Pengarah SPSB Abd Rahmas Soltan dan Noraini Soltan; SPSB
dan Synergy Promenade KLVC Sdn Bhd (SPKLVC) ; bekas Pengarah Besar Felda Datuk
Hanapi Suhada; bekas Pengarah Besar Felda Datuk Ab Ghani Mohd Ali; bekas
Pengarah Tanah Felda Shahrizal Mohd Saleh; dan Pengarah Tanah dan Galian
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Dalam writ saman dan penyataan tuntutannya, Felda memohon
perintah untuk mengarahkan Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan
membatalkan dengan serta merta semua instrumen pindah milik tanah Semarak Felda
daripada agensi itu kepada SPSB dan SPKLVC dalam tempoh 30 hari dari tempoh
perintah tersebut.
loading...
Plaintif juga memohon deklarasi bahawa Surat Tawaran FIC,
Surat Tawaran Felda, Perjanjian Pembangunan, Surat Kuasa Wakil, Perjanjian
Sewa, empat Perjanjian Sewa Beli (empat SPAs) dan Memorandum Persefahaman tidak
boleh dikuatkuasakan, batal atau tidak sah.
Dalam saman itu, Felda dan FIC menuntut ganti rugi rugi dan
pampasan terhadap kesemua defendan untuk pelanggaran kewajipan fidusiari yang
ditanggung terhadap Felda iaitu ganti rugi berjumlah RM1.062 bilion bagi nilai
komersial tanah Semarak yang boleh diterima secara langsung daripada jualan
tanah berkenaan.
Turut dimohon, antaranya pampasan dalam ekuiti untuk
kerugian peluang komersial berjumlah RM562 juta sekiranya Felda menerima “MGR”
berjumlah RM500 juta daripada Perjanjian Pembangunan itu.
Ia juga menuntut pampasan dalam ekuiti atas segala kos dan
perbelanjaan yang akan ditanggung untuk merobohkan struktur yang dibina oleh
SPSB dan untuk mengembalikan semula tanah kepada keadaan asal.
Kedua-dua plaintif turut menuntut ganti rugi RM1.5 bilion
bagi keseluruhan liabiliti sewa di bawah Perjanjian Sewa jika ia tidak
diketepikan, ganti rugi RM2.062 bilion selain menuntut ganti rugi bagi nilai
komersial 17 lot tanah yang kononnya dijual di bawah empat SPAs itu serta kos.
- Bernama
Isu tanah Jln Semarak: Felda saman Isa Samad, Shahrir dan 19 lagi
Reviewed by Me
on
18:18
Rating:

No comments: