Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata permainan
politik perkauman didalangi oleh mereka yang terdesak kerana berhadapan
tindakan undang-undang akibat ketamakan dan keangkuhan ketika berkuasa.
Dr Mahathir menasihati rakyat supaya tidak memberikan mereka
peluang untuk terus mengadu-domba rakyat.
Loading...
“Cara yang paling mudah ialah tidak mengundi wakil mereka
dalam pilihan raya kecil (PRK) Tanjung Piai.
“Mereka tidak peduli jika perbuatan mereka itu boleh
mengakibat tercetusnya pertembungan di antara kaum kerana bagi mereka, jika
berlaku kekacauan, kemungkaran yang telah mereka lakukan akan dipinggir,” kata
Dr Mahathir menerusi catatan di laman Twitter rasmi beliau, hari ini.
loading...
Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata beliau percaya calon
Pakatan Harapan Karmaine Sardini, yang juga Ketua Bahagian Parti Bersatu
Pribumi Malaysia (PPBM) Tanjung Piai, adalah calon yang amat sesuai untuk
meneruskan usaha-usaha Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik.
“Selain memahami kehendak serta hati budi penduduk setempat,
Karmaine pastinya akan mampu meneruskan rancangan pembangunan serta mengagih
peruntukan-peruntukan untuk Parlimen ini yang telah berjaya didapatkan dahulu
oleh Allahyarham Dr Md Farid,” katanya.
PRK ini menyaksikan pertandingan enam penjuru yang
melibatkan Karmaine, calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng,
calon Gerakan Wendy Subramaniam, Presiden Parti Barisan Jemaah Islamiah
(Berjasa) Datuk Dr Badrulhisham Abdul Aziz dan dua calon Bebas, Dr Ang Chuan
Lock serta Faridah Aryani Abd Ghaffar.
Pengundian PRK itu ditetapkan Sabtu ini. - Bernama
Permainan politik perkauman didalangi mereka yang terdesak - Dr Mahathir
Reviewed by Me
on
19:00
Rating:

No comments: